Selangor F.C.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 61:
Selangor adalah pasukan yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Serta sebuah pasukan yang paling banyak mengecapi pelbagai kejuaraan. Antara pencapaian pasukan Selangor FA adalah dengan rekod 33 gelaran [[Piala Malaysia]], 6 gelaran [[Liga Super Malaysia|Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super]], 2 gelaran [[Liga Perdana Malaysia| Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana]], 5 gelaran [[Piala FA Malaysia|Piala FA]] dan 8 gelaran [[Piala Sumbangsih Malaysia|Piala Sumbangsih]], Pasukan ini juga telah memenangi treble dua kali pada tahun 2005 dan 2009. Treble pertama memenangi [[Liga Perdana Malaysia|Liga Perdana]], [[Piala Malaysia]] dan [[Piala FA]], manakala yang kedua memenangi [[Liga Super Malaysia|Liga Super]], [[Piala FA]] dan [[Piala Sumbangsih]].<ref>{{cite web|url=http://www.rsssf.com/tablesm/malaycuphist.html |title=Malaysia&nbsp;– List of Cup Winners |website=Rsssf.com |date=2016-02-18 |accessdate=2016-08-08}}</ref>
 
Pada peringkat Asia pula Selangor merupakan pasukan bolasepak pertama memasuki perlawanan akhir Asian Champion Club Tournament atau sekarang di kenali sebagai [[Liga Juara-Juara AFC]] atau AFC Champions League(ACL) pada tahun 1967 apabila tewas diperlawanan akhir pada kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel 2-1 di [[Bangkok]], [[Thailand]]. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia di peringkat kelab [[Asia]]. ''
 
''[[Persaingan Selangor–Singapura'']] adalah persaingan klasik musuh tradisi bola sepak melibatkan 2 pasukan berlaku sekitar tahun 1921 hingga 1994. Perlawanan pertama pasukan, secara rasmi pada 1 Oktober 1921 di final Piala Malaya di mana [[LionsXII|Singapura]] mengalahkan Selangor dengan 2-1. Secara tidak rasmi, terdapat beberapa perlawanan persahabatan yang dinamakan 'Classics' dari 1901 hingga 1913 antara kedua pasukan ini, dengan Singapura memenangi edisi pertama. Semasa zaman pra-perang, Selangor dan Singapura adalah pasukan paling dominan dan bersaing sengit, memenangi Piala 19 kali di antara mereka. Tahun-tahun pasca perang juga didominasi oleh mereka sehingga tahun 1970, di mana Selangor muncul sebagai pasukan dominan dalam Piala Malaysia dengan kemenangan 11 Piala, berbanding 2 oleh Singapura. Ia juga adalah derbi bola sepak tertua di Malaysia. Pasukan ini juga merupakan yang paling berjaya di Malaysia, di antara mereka telah merangkul 71 piala, 43 untuk Selangor dan 28 untuk Singapura. Kebanyakan piala yang dimenangi kedua–dua pasukan ialah Piala Malaysia. Kedua-duanya juga merupakan pasukan yang paling ramai penyokong dalam kancah bola sepak Malaysia. Setiap perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini sentiasa dinanti peminat kerana ketegangannya. Samad Allapitchay, kapten [[LionsXII|Singapura]] semasa Piala Malaysia pada tahun 1977 menyatakan "Persaingan bola sepak di antara Singapura dan Selangor sentiasa menjadi satu keistimewaan. Di atas padang, kita membenci satu sama lain." Persaingan berakhir apabila Singapura keluar dari Liga Malaysia pada 1994 kerana pertikaian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai isu tiket. Dari 2011 hingga 2015, wakil Singapura yang baru, LIONSXII menyertai Liga Malaysia. Walau bagaimanapun, skuad mereka adalah pemain bawah 23 tahun dan terikat dengan beberapa keistimewaan (tidak perlu menghadapi penyingkiran dan tidak boleh menggunakan khidmat pemain import). Sebagai mengimbas kembali permusuhan tradisi, kedua-dua pasukan bertemu di dalam pertandingan [[Piala Sultan Selangor]] yang diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2001.
Selain [[LionsXII|Singapura]], musuh tradisi Selangor juga adalah pasukan [[Kuala Lumpur FA]]. Persaingan berlaku kerana lokasi geografi dua negeri ini. Sebelum ini Selangor dan Kuala Lumpur bernaung dibawah satu negeri sebelum berpisah pada 1 Januari 1974. Persaingan tempatan ini atau digelar 'Derbi Lembah Klang' sentiasa menjadi hangat kerana ia antara dua negeri yang paling maju di Malaysia; iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Permusuhan terjadi lebih dari 40 tahun, apabila ia bermula pada tahun 80-an. Persaingan atau permusuhan itu diperbaharui apabila Kuala Lumpur dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia selepas bersaing selama tujuh tahun di Liga Perdana Malaysia. Kuala Lumpur kemudian diturunkan kembali ke Liga Perdana pada tahun 2013, setahun sebelum itu juga merupakan pertemuan terakhir kedua-dua kelab tersebut. Manakala pada tahun 2014, Kuala Lumpur sekali lagi diturunkan ke Liga FAM pula buat kali pertama dalam sejarahnya. Pada tahun 2018 kedua–dua pasukan kembali bertemu sesama sendiri setelah [[Kuala Lumpur FA]] dinaikkan pangkat bersaing semula di dalam Liga Super. Ini dihangatkan lagi dengan kedua pasukan berkongsi bermain di [[Stadium KLFA]] untuk musim 2018.