Khairul Anuar Latip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eddie Pak (bincang | sumb.)
Baris 28:
 
===Mula bergiat aktif===
Pada tahun 1992, beliau ditawarkan untuk bekerja sebagai pengurus produksi di Syarikat Produksi Seni 2020<ref>[http://seni2020.com/ Syarikat Produksi Seni 2020] {{pautan luput}}</ref> yang diterjui oleh [[Nancie Foo]], Wendy Wong dan Eddie[[MK Pak]] (Eddie Pak/ Alif Najmi). Projek TV pertama yang dipertanggungjawabkan kepada beliau ialah siri ''Kisah Benar'' yang bersiaran di [[TV3]] selama 12 tahun (1992-2004). Projek ini telah memberi beliau pengalaman yang sangat berguna kerana puluhan episod telah diterbitkan.
 
Bermula dari situ, beliau banyak terlibat didalam penerbitan drama bersiri yang lain seperti Bicara Hati, siri penyiasatan Crime Forces dan juga beberapa buah cerekarama dan Layar Mutiara sebelum Astro mewujudkan slot telemovie di pertengahan tahun 90an.
 
Pada tahun 1994, beliau meninggalkan Produksi Seni 2020 apabila ditawarkan untuk bersama Ogy's Production. Bersama syarikat yang diterjui oleh seniwati [[Ogy Ahmad Daud]], beliau sempat bekerjasama bagi menerbitkan 2 buah telemovie; Bulan Madu dan Sindiket Si Hitam.
Namun, beliau agak sulit untuk menyesuaikan diri. Pada penghujung tahun 1994, beliau meninggal Ogy's Production untuk bersama-sama Eddie[[MK Pak]] (Eddie Pak/ Alif Najmi), mendiang Rambo Chin dan beberapa rakan yang lain menubuhkan United Movie Sdn Bhd<ref>[http://United%20Movie%20Sdn%20Bhd United Movie Sdn Bhd]</ref>. Pelbagai tajuk drama telah diterbitkan, antaranya Di Persimpangan (TV3), Salah Siapa (RTM) dan Misteri Bulan Madu (Astro) yang difilemkan di [[New York]], [[Pennsylvania]] dan Atlantic City, [[Amerika Syarikat]].
 
=== Penglibatan penerbitan filem ===