Khairul Anuar Latip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eddie Pak (bincang | sumb.)
Eddie Pak (bincang | sumb.)
Baris 36:
 
=== Penglibatan penerbitan filem ===
Ketika di United Movie, Khairul Anuar dipertanggungjawabkan menguruskan operasi penerbitan syarikat. Pada awal tahun 1995, atas persetujuan bersama Khairul dan [[MK Pak]] (Eddie Pak) telah menerbitkan filem sulung Syarikat United Movie, bertajuk ''[[Litar Kasih]]'' yang dibintangi oleh [[Azhar Sulaiman]], [[Faizal Hussein]], [[Linda Rafar]] dan Aisyah Atan. Beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan EddieMK sebagai pengarah dan penerbit. Bagaimanapun filem ini menjadi kontroversi apabila menjadi filem melayu pertama di klasifikasikan 18SX setelah hampir 8 babak penting terpaksa disunting. Tindakan itu telah mencacatkan keseluruhan plot dan mood cerita tersebut. Kecewa dengan apa ketetapan LPF itu, beliau bertekad untuk tidak mahu menerbitkan filem dan beliau bertindak meninggalkan United Movie untuk membuka syarikatnya sendiri KayRoll Entertainment yang di khususkan untuk penerbitan rancangan TV.
 
Pada tahun 1999, beliau ditawarkan untuk bersama [[Double Vision]]. Sepanjang bersama Double Vision (1999 - 2010), Khairul telah menerajui pelbagai program TV sebagai Penerbit Eksekutif dan Pengawal Penerbitan rancangan Melayu. Pada tahun 2004-2007, beliau telah dihantar ke [[Jakarta]], [[Indonesia]] sebagai Penasihat Penerbitan dan Penerbit Eksekutif bagi membentuk cawangan produksi Double Vision Indonesia. Sekembalinya dari Jakarta, beliau meneruskan tanggungjawab bersama Vision New Media dan sempat menerbitkan sebuah filem ''[[Sini Ada Hantu]]'' (2011) arahan [[James Lee (pengarah filem Malaysia)|James Lee]] sebelum meninggalkan Double Vision dan membuka syarikat Filmmecca Studio Sdn Bhd <ref>[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lonjakfilemkitakeperingkatglobal//Article/index_html Filmmecca Studio Sdn Bhd]</ref> yang diusahakan bersama rakan dibawah payung FM Productions Group.