Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nurasyraf Fahmi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 31:
 
==Sejarah ==
Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) terletak di pekan Batu Kikir, sebuah pekan kecil terletak kira-kira 11 km dari Kuala Pilah.
 
Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) bermula dengan kelas menengah Melayu pada bulan Januari 1964. Kelas aliran Melayu ini menumpang pada waktu petang di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris, Batu Kikir. Kelas ini dibawah kelolaan En. Yawanarajah.
 
Pada bulan Januari 1965, kelas menengah aliran Inggeris pula bermula menumpang di SRJK ( Inggeris ), SRJK (C), SRJK (T) dan Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ). Pada tahun yang sama, Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) telah ditubuhkan secara rasmi. Sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Pengetuanya yang pertama ialah En. Mohd Yusof b. Kassim. Pelajar-pelajarnya dari sekolah kebangsaan di sekitar pekan Batu Kikir.
 
Pada bulan Disember 1969 sekolah aliran inggeris telah digabungkan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir dan dinamakan Sekolah Menengah Batu kikir.
 
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, pelajar-pelajar dari kawasan Batu Kikir terpaksa pergi ke Kuala Pilah sejauh lebih kurang 11 km untuk menyambung pelajaran ke peringkat menengah. Oleh itu penduduk Batu Kikir khasnya ahli UMNO yang diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khatib b. Mohd Nor, PJK,AMN,JP, wakil rakyat Jempol telah mendesak kerajaan supaya mengadakan sekolah menengah di Batu Kikir.
 
Sekolah Menengah Batu Kikir ( Model Khas ) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Dr. Mahathir b. Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 14 Ogos 1976.
 
==Pencapaian ==