Star Wars: Episode IV – A New Hope: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Galaksi telah berlakunya perang saudara. Penyiasat puak pemberontak telah mencuri pelan Death Star, sebuah stesen ketenteraan yang mempunyai kemampuan untuk memusnahkan sebuah planet. Pemimpin puak pemberontak, Putera Leia mempunyai pelan tersebut, tetapi pesawatnya telah diserang oleh angkatan Empayar yang dipimpin oleh Darth Vader. Sebelum ditangkap, Leia menyembunyikan pelan tersebut dalam sistem memori sebuah droid yang bernama R2-D2. Seterusnya, R2 mendarat di sebuah planet gurun yang bernama Tatooine bersama dengan sebuah droid protokol, C3-PO.
 
Selepas itu, kedua-kedua droid tersebut ditangkap oleh peniaga-peniaga Jawa. yangMereka lalu menjual merekadroid itu kepada beberapa orang petani iaitu Owen Lars, Beru Lars dan anak saudara mereka Luke Skywalker. Semasa Luke sedang membersihkan badan R2, dia kebetulan menyiarkan sebahagian daripada mesej hologram yang dirakam oleh Leia, yang di mana dia sedang meminta bantuan daripada seorang yang bernama Obi-Wan Kenobi. Luke menyangka maknanya Ben Kenobi, seorang pendeta tua. Berita ini juga diberitahu kepada bapa dan ibu saudaranya. Pada waktu malam, R2 tiba-tiba menghilangkan diri.
 
Pada keesokan hari, Luke pergi mencari R2, manakala droid itu sedang mencari Obi-Wan Kenobi. Selepas menemui R2, Luke telah diserang oleh beberapa orang Sandpeople. Tidak lama kemudian, Sandpeople itu telah melarikan diri setelah ternampak Ben Kenobi yang mendedahkan diri sebagai Obi-Wan Kenobi. Ben menceritakan hari-harinya selaku Kesateria Jedi, pendamai yang mempunyai kuasa sakti yang diturunkan daripada sejenis kuasa yang diberi namanya “Force”. Sebalik daripada kata-kata bapa saudaranya, Luke juga mengetahui bapanya telah dibunuh oleh salah seorang perantis Ben yang bernama Vader. Kesateria Jedi juga nyaris-nyaris dipupuskan oleh Empayar Galaktik, dia menunjukkan senjata bapanya kepadanya, iaitu “lightsaber”, senjata yang digunakan oleh Kesateria Jedi.