Perbezaan antara semakan "Dinasti Qing"

1 bait dibuang ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Puak Manchu akhirnya terasa bahangnya ketika memegang "[[Mandat Syurga]]". Wilayah China begitu luas sehingga bilangan bala tenteranya hanya cukup untuk mempertahankan kota-kota terpenting yang membentuk tulang belakang kepada rangkaiana pertahan yang amat bergantung kepada askar Ming yang menyerah diri. Selain itu, tiga orang bekas panglima Ming dipilih atas sumbangan mereka kepada penubuhan dinasti Qing, diangkat sebagai putera feudal ({{lang|zh|藩王}}), serta dikurniakan jawatan pemerintah di China Selatan. Yang ketua di antara mereka ialah [[Wu Sangui]] yang ditugaskan ke wilayah [[Yunnan]] dan [[Guizhou]], manakala [[Shang Kexi]] dan [[Geng Zhongming]] pula masing-masing diserahkan wilayah [[Guangdong]] dan [[Fujian]].
[[Fail:Museum für Ostasiatische Kunst Dahlem Berlin Mai 2006 041.jpg|left|thumb|PilgrimJemaah flask, [[porcelainporselin]] withdengan underglazedi bluebawah andhiasan iron-redbiru decorationdan merah besi menjadi sayu.Dinasti Qing dynasty, Qianlong periodtempoh inabad the 18th centuryke-18.]]
Bertahun-tahun kemudian, ketiga-tiga pemerintah feudal dan wilayah mereka semakin berautonomi. Akhirnya, pada tahun 1673, Shang Kexi mengutuskan rayuan kepada Maharaja Kangxi mengenai hajatnya untuk bersara di kampung halamannya di wilayah Liaodong serta mencalonkan anaknya sebagai pengganti. Maharaja muda tersebut memperkenan persaraanya, tetapi menolak pewarisan tanah pegangannya. Sebagai balasan, dua panglima lain turut mengutuskan persaraan mereka untuk menguji ketetapan Kangxi, dengan sangkaan bahawa baginda tidak berani menyinggung perasaan mereka. Bagaimanapun, Maharaja akhirnya menyedari temberang mereka dengan memperkenan persaraan mereka lalu menitah agar ketiga-tiga tanah pegangan mereka diserahkan kembali kepada kekuasaan maharaja.
 
Pengguna awanama