Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 123.136.111.115 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Fandi89
Teg: Undur
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 326:
Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta [[Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah|Lapangan Terbang Subang]] yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.
 
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan [[bas]], [[teksi]] dan [[kereta api]]. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada [[Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang|Laluan Sungai Buloh-Kajang]], [[Laluan Ampang|Laluan Ampang/Sri Petaling]], [[Laluan Kelana Jaya]], [[KL Monorail]] dan [[KTM Komuter]], di mana [[KL Sentral]] menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan [[kereta api]] kendalian [[KTM Antarabandar]] yang berkhidmat dari [[Singapura]] di selatan, sampai [[Hat Yai]], Thailand, di utara.<ref>{{cite web |publisher=Keretapi Tanah Melayu Berhad |url=http://www.ktmb.com.my/article.asp?id=49 |title=Intercity services |accessdate=2007-12-19}}</ref>
 
[[Fail:Kelana Jaya Line KLCC.jpg|left|thumb|Platform [[stesen LRT KLCC]], sebuah stesen [[Aliran Kelana Jaya]] (Putra LRT) di Kuala Lumpur.]]
Baris 332:
Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ialah [[RapidKL]].<ref>{{cite speech |title=Launching of the Cyberjaya Dedicated Transportation System |author=Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan II) |url=http://www.treasury.gov.my/index.php?ch=36&pg=126&ac=2128 |date=10 September 2007 |location=Cyberjaya |accessdate=2007-12-14}}</ref> Semenjak mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan Lembah Klang<ref>[http://www.cleanairnet.org/caiasia/1412/article-70087.html Rapid KL to revamp network]</ref> demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.
 
Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-syarikat teksi yang besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi kelulusan dari kerajaan berwarna selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur merupakan salah satu kota [[ASEAN]] di mana kebanyakan teksi mengunakan bahan bakar [[kenderaan gas asli]] (NGV). Sejak 2010-an Kuala Lumpur turut dilayan oleh perkhidmatan ''e-hailing'' seperti [[Grab (syarikat)|Grab]] yang mana pelanggan boleh menghubungi pemandu kereta persendirian melalui aplikasi untuk menumpangkan mereka ke destinasi.
 
Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui [[Pelabuhan Klang]]. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia.<ref>{{cite web |publisher=SchedNet |url=http://www.thaishipper.com/Content/Content.asp?Archives=true&ID=19058 |date=2007-05-24 |title=Port Klang retains top ranking among Malaysia's ports |accessdate=2007-12-19}}</ref>