Purana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 10:
Sebuah Purāṇa dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang menjelaskan: sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan), vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja), manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka), vamśānucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar). Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti rakṣā (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan), saṁsthā (pralaya atau pemusnahan alam semesta), hetu (sebab ciptaan , iaitu jiwa dan karma), vṛtti (penyaraan kehidupan), apāśraya (perlindungan atau Brahman). Kecuali Vishnu Purāṇa, ke semua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purāṇa-Purāṇa lain.
 
Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purāṇa juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu misalnya, [[Saivisme|Śaivisme]] atau [[Vaishnavisme|Vaiṣṇavisme]]. Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti Ayurveda, arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purāṇa.
 
[[Kategori:Teks Hindu]]