Kolej 56: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Dannylango (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
==Ringkasan==
Filem ini mengisahkan anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameroon Highlands di mana mereka mengikuti kursus intensif selama sebulan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 
Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil. Masing-masing berasal dari keluarga elite, berlatar belakangkan golongan kelas atasan,berpendidikan kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai butler di rumah orang kaya, oleh kerana majikan ayah nya tidak mempunyai zuriat mereka menghantar Rosli ke situ sebagaimana keluarga elitist lain.
 
Tengku Kamil yang berasal dari utara tanah air, sombong dan memandang rendah pada yang lain kerana dia bakal ditabalkan sebagai Sultan kelak. Tetapi semasa sesat di hutan dia mendapat pengajaran berguna dari Rosman,Roslan dan Rosli. Dari situ dia mula bergaul dengan mereka.
 
Sewaktu ditugaskan mencari kayu api, mereka telah menyelamatkan Mawar, seorang gadis sukukaum Dusun yang menjadi mangsa jerat ayahnya sendiri. Rosman menyelamatkan dia dan dari situ timbul rasa cinta antara mereka. Kemudiannya mereka ditangkap ayah Mawar kerana makan rambutan tanpa izin di kebun nya. Mereka dibebaskan kerana Mawar terhutang budi pada mereka.
 
Rosman pula sedang asyik dilamun cinta dengan Mawar, bagaimanapun dilanda jurang fahaman dan kepercayaan Kerana Mawar tidak beragama dan tidak setaraf dengan keluarganya.
 
==Pelakon==