'''Walikota''' ialah ketua [[kota]] yang merupakan sebuah jawatan [[politik]] di [[Indonesia]]. Penjawatnya dipilih oleh rakyat di kota setempat dalam satu pasangan secara langsung. Di [[Malaysia]], jawatan ini dipanggil [[Datuk Bandar]].
Dalam konteks Autonomi Daerah di Indonesia, jawatan Walikota adalah setaraf dengan [[Bupati]], iaitu ketua [[kabupaten]]. Pada dasarnya, Walikota memiliki tugas dan kuasa untuk menyelenggarakan daerah berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan bersama [[Dewan Perwakilan Rakyat Daerah]] (DPRD) Kota.