Two Mothers (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fedrick Jaimi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Fedrick Jaimi (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
Setelah selamat melahirkan, Hwang-young kemudian menyerahkan Jeong-Jin-wu, iaitu anak yang dikandungnya itu kepada Yeon-hee dan Byeong-guk. Masa terus berlalu, kini Hwang-young kembali dan dia merancang untuk memulakan rancangannya untuk mmbalas dendam terhadap Yeon-hee. Hwang-young kemudian berusaha untuk menghancurkan hidup Yeon-hee dengan menggoda Byeong-guk dan merampas semula Jin-wu daripada Yeon-hee. Bagaimanapun rancangan Hwa-young tidak terhenti disitu, disebabkan begitu taksub ingin membalas dendamnya itu, tanpa disengajakan Hwa-young telah menyebabkan Yeon-hee kehilangan ibu tercintanya. Dia juga dengan tanpa segan silu mendedahkan hubungan sulitnya dengan Byeong-guk kepada Yeon-hee serta merapatkan dirinya kepada keluarga mertua Yeon-hee bagi memenangi hati Puan Kwak agar menerima dirinya ke dalam keluarga tersebut. Pada mulanya Yeon-hee tidak mempercayai dengan kata-kata Hwa-young itu disebabkan dia percaya bahawa Byeong-guk merupakan seorang suami yang setia. Namun, segalanya berubah setelah suatu hari dia mendapati Byeong-guk dan Hwa-young sedang bermesraan didalam sebuah hotel. Yeon-hee yang berasa dikhianati lantas menuntut cerai daripada Byeong-guk dan ingin mendapatkan hak penjagaan Jin-wu. Namun ternyata bukan mudah apabila Puan Kwak turut campur tangan dalam mempertahankan hak penjagaan tersebut lalu bertindak memisahkan Jin-wu daripada Yeon-hee.
 
Yeon-hee yang merasa putus asa lantas menyerahkan Jin-wu kepada keluarga bekas mertuanya itu. Bagaimanapun, akibat didesak dengan perasaan rindu terhadap anaknya itu membuatkan Yeon-hee kembali untuk menuntut hak penjagaan Jin-wu. Yeon-hee bertekad untuk membongkar segala kejahatan Hwa-young setelah dia mengetahui bahawa Hwa-young adalah punca kematian ibunya serta menyebabkan kejatuhan syarikat ayahnya. Yeon-hee juga bertekad untuk mendapatkan semula syarikat ayahnya yang telah dirampas oleh Byeong-guk dan Hwa-young itu. Sementara itu, Choi Sang-du iaitu bekas teman lelaki Hwa-young juga kini kembali dan mula memburu Hwa-young setelah dia mendapati Hwa-young pernah mengandungkan Lee So-ra, iaitu anak mereka lantas menyembunyikan So-ra daripada dirinya. Hwa-young yang merasa bahawa rahsia kelamnya itu bakal terbongkar lantas berbohong kepada Byeong-guk dengan mengatakan So-ra adalah anak kandung mereka bersama. Manakala Yeon-hee yang mengetahui bahawa So-ra bukan anak kandung Byeong-guk lantas menemui Byeong-guk lalu mnjelaskan perkara yang sebenarnya kepada bekas suaminya itu. Byeong-guk yang berasa telah ditipu lantas memarahi Hwa-young lalu bertekad untuk meninggalkannya. Kini, Yeon-hee juga berjaya mendapatkan bukti yang kukuh serta mendedahkan kesemua kejahatan Hwa-young lantas menyerahkan segala bukti kpeada pihak polis. Hwa-young yang berasa dia tidak ingin jatuh sendirian, lantas menemui Yeon-hee lalu menyalahkan Yeon-hee diatas kematian abangnya itu. Yeon-hee kemudian menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui sama sekali jika Dong-hyun merupakan abang kepada Hwa-young dan dia juga sempat menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui bahawa Dong-hyun mati dihari perkahwinannya. Yeon-hee juga berusaha untuk memujuk Hwa-young agar menyerah diri kepada pihak polis. Akan tetapi, Hwa-young yang enggan menyerahkan diri kepada pihak polis lantas bertindak untuk membunuh dirinya dilaut. Bagaimanapun niatnya itu berjaya dihalang Yeon-hee lalu dia dibawa ke balai polis. Akhirnya, Hwa-young sedar akan kesilapannya selama ini lalu meminta maaf kepada Yeon-hee. Yeon-hee kini berasa lega setelah mengetahui Hwa-young kini telahpun menyesal akan perbuatannya dahulu lantas mengajak Hwa-young agar membesarkan anak mereka bersama-sama.
 
==Pelakon==