Pilihan raya umum Malaysia 1964: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mhby87 (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Politik Malaysia}}
 
'''Pilihan Raya Umum Malaysia 1964''' merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan [[Malaysia]] pada [[16 September]] [[1963]], serta pilihan raya umum yang kedua selepas [[kemerdekaan]] [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada [[31 Ogos]] [[1957]]. Ia telah diadakan pada hari Sabtu, 24 April 1964. Bagaimanapun, [[Sabah]] dan [[Sarawak]] tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam [[Dewan Rakyat]] dikekalkan pada bilangan 104.
 
Dalam pilihan raya umum ini, [[Parti Perikatan]] memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1959|pilihan raya umum yang dahulu]]. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu]] untuk membentuk kerajaan.