Perbezaan antara semakan "Seniman Bujang Lapok"

Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.
 
Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia [[pembakaran sengaja|perbuatan]] Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.
 
Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Pengguna awanama