Buka menu utama

Perubahan

tiada ringkasan suntingan
'''Butterworth''' merupakan bandar yang terletak di negeri [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari/ke Pulau Pinang.
 
Nama Butterworth atau [[Bagan]] tersebut diambil sempena nama Kolonel V.T. Butterworth. Beliau merupakan Gabenor Koloni dari tahun 1843 hingga 1855, semasa zaman penjajahan [[British]] di Tanah Melayu. Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum [[Cina]] 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di [[Pulau Pinang]]. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak. Trafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, [[Pulau Pinang]], selain [[Kuala Lumpur]]. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]]. Butterworth juga terletak berhampiran dengan [[Lebuhraya Utara Selatan]] (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di [[Malaysia]] ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke [[Kuala Lumpur]] dan [[Pulau Pinang]] (melalui jambatan). Segelintir penduduk di [[Kulim]] dan [[Bukit Mertajam]] datang bekerja di Butterworth pada setiap hari Majlis Perbandaran Butterworth Di Majlis Daerah Luar Bandar Seberang Perai. Pelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti [[Hong Kong]], [[China]], [[Taiwan]], dan sebagainya melalui kapal kontena.
 
Sekolah terkenal di Butterworth ialah Sekolah Kwang Hua di Jalan Raja Uda. [[Penang Sentral]] di negeri Pulau Pinang ataupun wilayah koridor utara Malaysia adalah dipilih untuk bina di Butterworth sekalinya dengan stesen keretapi, terminal bas dan kontena.
 
== Pautan luar ==
Pengguna awanama