Sejarah dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 18:
Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan selanjutnya ke Asia Selatan dan [[Australasia]] sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke [[Eropah]] dan ke timur ke [[Asia Tengah]] sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika sejak sekitar 30 alaf dahulu. [[Zaman Paleolitik Akhir]] (''Upper Paleolithic'') dianggap bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke [[Amerika Utara]] dan [[Oceania]] berlaku pada kemuncak [[Zaman Air Batu]] terkini, ketika kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki. Menjelang akhir Zaman Air Batu sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir kesemua bahagian bebas ais di seluruh dunia.
 
Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul nomad. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf (''egalitarian''), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber makanan yang kaya atau mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang kala membangunkan cara hidup tenang (''sedentary''), struktur masyarakat rumit seperti mempunyai ketua, dan [[pengelasan masyarakat]]; dan membolehkan hubungan jarak jauh, seperti bagi kes highway [[Aborigin|orang asli Australia]].
 
== Tempoh Mesolitik ==
Baris 96:
{{utama|Sejarah falsafah|Perkembangan agama|Sejarah agama}}
[[Fail:Angkor wat temple.jpg|thumb|right|200px|[[Kuil]] [[Angkor Wat]], [[Kemboja]], awal [[abad ke-12]].]]
Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM. Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang paling awal adalah [[Hindu]], [[Buddhisme]] dan [[Jainisme]] di [[India]], dan [[Majusi]] di [[Empayar Parsi|Parsi]]. [[Agama samawi|Agama Ibraham]] menjejak asal mereka kepada [[agama Yahudi]], sekitar 1800 SM.
 
Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa kini. Ia termasuk [[Taoisme]], [[Legalisme (falsafah)|Legalisme]] dan [[Konfusianisme]]. Tradisi Konfusianisme, yang paling berkuasa, melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-undang tetapi ke arah kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar ke [[Semenanjung Korea]] dan [[Goguryeo]]<ref>http://www.skkok.com/?_page=43</ref> dan kepada [[Jepun]].
Baris 132:
Di timur laut Afrika, [[Nubia]] dan [[Habsyah]] masih kekal kelompok [[Kristian]] sementara bahagian Afrika yang lain di utara [[khatulistiwa]] memeluk [[Islam]]. Dengan kedatangan Islam datang teknologi baru yang, buat kali pertama membenarkan perdagangan yang banyak menyeberangi [[Sahara]]. Cukai ke atas perdagangan ini membawa kemewahan kepada [[Afrika Utara]], dan kebangkitan beberapa siri [[kerajaan Sahel|kerajaan di Sahel]].
 
Tempoh ini dalam sejarah dunia ditanda dengan kemajuan teknologi yang perlahan tetapi berterusan, dengan pembangunan penting seperti [[pelana]] dan [[bajak moldboard]] tiba setiap beberapa kurun. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, terdapat kemajuan teknologi yang pantas. Lebih penting lagi, adalah di kawasan [[laut Mediterranean|Mediterranean]] semasa [[Yunani Purba|tempoh Keyunanian]], apabila beratus teknologi dicipta. Tempoh sedemikian diikuti dengan tempoh kemerosotan teknologi, sebagaimana semasa kemerosotan dan kejatuhan [[Empayar Rom]] dan tempoh [[awal pertengahan]] berikutnya.
 
[[Wabak Justinian]] merupakan [[wabak]] yang menimpa [[Empayar Byzantine]], termasuk ibu kotanya [[Constantinople]], pada tahun [[541]]–[[542]] M. Ia dianggarkan bahawa Wabak Justinian membunuh seramai hingga 100 juta manusia di seluruh dunia.<ref>[http://dpalm.med.uth.tmc.edu/courses/BT2003/BTstudents2003_files%5CPlague2003.htm The History of the Bubonic Plague]</ref><ref>[http://www3.niaid.nih.gov/news/newsreleases/1996/plague.htm Scientists Identify Genes Critical to Transmission of Bubonic Plague]</ref> Ia menyebabkan [[demografik medieval|penduduk Eropah]] merosot sekitar 50% antara 541 dan 700.<ref>[http://www.ph.ucla.edu/EPI/bioter/anempiresepidemic.html An Empire's Epidemic]</ref> Ia juga mungkin turut menyumbang kepada kejayaan [[penaklukan Arab]].<ref>[http://www.justiniansflea.com/events.htm Justinian's Flea]</ref><ref>[http://web.archive.org/web/20090202191807/http://www.iht.com/articles/2008/01/04/arts/idbriefs5H.php The Great Arab Conquests]</ref>