Nabi Ibrahim a.s.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 16:
: ''Untuk kisah mengenai Nabi Ibrahim dari perspektif agama Kristian dan Yahudi, sila lihat [[Abraham]]''
'''Nabi Ibrahim a.s.''' ([[bahasa Arab|Arab]] dan [[Tulisan Jawi|Jawi]]: إبراهيم عليه السلام) merupakan [[nabi]] dan [[rasul]] yang sangat penting dalam agama [[Islam]], dan juga agama lain seperti Nasrani dan [[Yahudi]]. Baginda telah diberi gelaran ''Khalil Ullah'' iaitu "Sahabat Allah". Selain itu beliau bersama anaknya [[Nabi Ismail a.s.]] terkenal sebagai pengasas [[Kaabah]]. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi [[Ulul Azmi]].
==Sejarah awal Nabi Ibrahim a.s.==
Nabi Ibrahim adalahialah putera Azar (atau Terah bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.).{{fact}} Baginda dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam Empayar Neo-Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. IniHal ini adalah kerana [[Raja Namrud]] mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan dan akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ialah dia akan membawa [[agama]] yang mempercayai satu tuhan dan menjadi pemusnah berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan dahsyat. Oleh itu, Raja Namrud mengarahkan semua bayi dibunuh, manakala lelaki dan wanita pula dipisahkan selama setahun.
 
Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak [[Allah]] tetap terjadi. Isteri Aazar telah mengandung tanpa menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari, dia terasa tiba waktunya melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja Namrud, pasti dia serta anaknya dibunuh. Dalam ketakutan, ibu Ibrahim melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuk batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah ke gua tersebut dan terkejut melihat Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka ibubapanya berani membawanya pulang ke rumah.
 
=== Nabi Ibrahim a.s. sewaktuMasa remaja ===
{{Islam}}
Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun kerana iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calun pembeli dengan kata-kata:"Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini?"{{fact}}
 
===Nabi Ibrahim a.s mencariPencarian Tuhan yang sebenarnya ===
Pada masa Nabi Ibrahim, kebanyakan rakyat di [[Mesopotamia]] beragama [[politeisme]] iaitu menyembah lebih dari satu Tuhan. [[Dewa Bulan]] atau ''Sin'' merupakan salah satu berhala yang paling penting. Bintang, bulan dan matahari menjadi objek utama penyembahan dan kerananya, [[astronomi]] merupakan bidang yang sangat penting. Sewaktu kecil lagi nabi Ibrahim a.s. sering melihat ayahnya membuat patung-patung tersebut, lalu dia cuba mencari kebenaran agama yang dianuti oleh keluarganya itu.
 
Dalam [[al-Quran]] [[Surah Al-An’aam|Surah al-Anaam]] (ayat 76-78) menceritakan tentang pencariannya dengan kebenaran. Pada waktu malam yang gelap, beliau melihat sebuah [[bintang]] (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya [[bulan]] terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat [[matahari]] sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)". Inilah daya logik yang dianugerah kepada beliau dalam menolak agama penyembahan langit yang dipercayai kaumnya serta menerima tuhan yang sebenarnya.
 
==Kerasulan==
==Nabi Ibrahim sebagai Rasul==
===Nabi Ibrahim inginKeinginan melihat makhluk mati dihidupkan kembali oleh Allah===
 
Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi [[syirik]] kaumnya tetapi ingin lebih dahulu mempertebalkan [[iman]] dan keyakinannya serta membersihkannya dari keraguan dengan memohon kepada [[Allah]] agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.Berserulah ia kepada Allah: ''"Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati."'' Allah menjawab seruannya dengan berfirman: ''Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?."'' Nabi Ibrahim menjawab:''"Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu."''
Baris 39:
Dengan izin Allah dan kuasa-Nya, datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala mendengar panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian hilang keraguannya.
 
===Nabi Ibrahim berdakwahBerdakwah kepada ayah kandungnya===
 
Aazar, ayah Nabi Ibrahim tidak terkecuali bertuhan dan menyembah [[berhala]] bahkan dia adalahialah [[pedagang]] patung-patung yang dipahatnya sendiri dan orang membeli [[patung|patung-patung]] itu dijadikan sembahan. Nabi Ibrahim merasa kewajiban pertamanya sebelum berdakwah kepada orang lain ialah menyedarkan [[ayah]]<nowiki/>nya dulu sebagai orang yang terdekat. Beliau merasakan bahawa bakti kepada ayahnya mewajibkannya memberi penerangan kepadanya agar melepaskan kepercayaan yang sesat itu dan mengikutinya beriman kepada [[Allah]] Yang Maha Kuasa.
 
Dengan sopan dan beradab seorang anak, beliau datang kepada ayahnya menyampaikan bahwa ia diutuskan oleh Allah sebagai [[nabi]] dan [[rasul]] dan bahawa beliau telah diilhamkan dengan pengetahuan dan [[ilmu]] yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Beliau bertanya apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala padahal dia mengetahui berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun. Diterangkan penyembahan berhala-berhala itu adalah semata-mata ajaran [[syaitan]] yang menjadi musuh manusia.
 
 
Aazar menjadi merah mukanya mendengar kata-kata puteranya Nabi Ibrahim yang dianggapnya [[dosa]] kerana telah berani mengecam dan menghina kepercayaannya bahkan untuk meninggalkan kepercayaan itu. Dia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: ''"Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku ? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan amarahku dan cuba mendurhakaiku. Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau."''
Dengan sopan dan beradab seorang anak, beliau datang kepada ayahnya menyampaikan bahwa ia diutuskan oleh Allah sebagai [[nabi]] dan [[rasul]] dan bahawa beliau telah diilhamkan dengan pengetahuan dan [[ilmu]] yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Beliau bertanya apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala padahal dia mengetahui berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun. Diterangkan penyembahan berhala-berhala itu adalahialah semata-mata ajaran [[syaitan]] yang menjadi musuh manusia.
 
Aazar menjadi merah mukanya mendengar kata-kata puteranya Nabi Ibrahim yang dianggapnya [[dosa]] kerana telah berani mengecam dan menghina kepercayaannya bahkan untuk meninggalkan kepercayaan itu. Dia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: ''"Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku ? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan amarahku dan cuba mendurhakaiku. Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalamdi dalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau."''
 
Nabi Ibrahim menerima kemarahan ayahnya, pengusirannya dan kata-kata kasarnya dengan sikap tenang seraya berkata: ''"Wahai ayahku! Semoga engkau selamat, aku akan tetap memohonkan ampun bagimu dari Allah dan akan tinggalkan kamu dengan persembahan selain kepada Allah. Mudah-mudahan aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku untukmu." ''Lalu keluarlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah ayahnya dalam keadaan sedih.
 
===Nabi Ibrahim menghancurkanPenghancuran berhala-berhala===
 
Kegagalan Nabi Ibrahim menyedarkan ayahnya tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya. Nabi Ibrahim tidak henti-henti mengajak kaumnya berdialog tentang kepercayaan mereka dan mereka sudah tidak berdaya menyanggah alasan-alasan yang dikemukakan Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebatilan kepercayaan mereka. Tetapi mereka tetap berpegang kepada alasan yang mereka hanya meneruskan apa yang nenek moyang mereka lakukan sejak turun-temurun dan sesekali tidak akan melepaskan kepercayaan yang mereka warisi.
Baris 55 ⟶ 57:
Nabi Ibrahim akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi untuk berdebat dengan kaumnya yang keras kepala dan tidak mahu menerima keterangan yang dikemukakan oleh beliau. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa berhala-berhala betul-betul tidak berguna bagi mereka.
 
Adalah sudahSudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan [[Babylon]] bahawa setiap tahun mereka keluar kota beramai-ramai pada suatu hari keraian dan kebesaran yang mereka anggap sebagai [[keramat]]. Berhari-hari mereka tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mereka bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mereka kosong dan sunyi. Mereka berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai-ramai menghormati hari-hari suci itu. Nabi Ibrahim yang juga turut diajak berpura-pura sakit dan diizinkanlah tinggal di rumah kerana khuatir penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular di kalangan mereka.
 
Apabila sampai masa yang sesuai, dengan membawa sebuah [[kapak]] ditangannya, Nabi Ibrahim menuju tempat beribadatan yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga. Kemudian dihancurkan patung-patung itu dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu yang pada lehernya dikalungkanlah kapak Nabi Ibrahim itu.
Baris 65 ⟶ 67:
Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyun-duyun mengunjungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.
 
Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap [[Raja Namrud]] yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, ditanya Nabi Ibrahim oleh [[Raja Namrud]]:''"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?"'' Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab:''"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya."'' Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:''" Engkaukan tahu bahawa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?"'' Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya kerana adat itu adalahialah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada [[Raja Namrud]] itu:''"Jika demikian, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan sembahan kamu itu! Tidakkah kamu berfikir dengan akal sihat bahawa sembahan kamu adalahialah perbuatan yang keliru oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hinanya kamu dengan sembahan kamu itu."''
 
Setelah selesai, Raja Namrud membuat keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai hukuman, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:''"Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya." ''
 
===Nabi Ibrahim dibakarDibakar hidup-hidup===
 
Keputusan telah dijatuhkan. Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup dalam api yang besar. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat diatur. Tanah lapang bagi tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar dengan banyaknya dengan tiap penduduk bergotong-royong mengambil bahagian membawa [[kayu]] bakar sebanyak yang dapat sebagai bakti kepada tuhan-tuhan mereka yang telah dihancur Nabi Ibrahim.
Baris 78 ⟶ 80:
Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan [[tawakkal]] kerana [[iman]] bahwa Allah tidak akan melepaskan hamba nya menjadi makanan api dan korban keganasan orang-orang [[kafir]]. Tatkala Nabi Ibrahim berada dalam api yang dahsyat itu, beliau merasa dingin dan hanya tali dan rantai yang mengikat yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh api.
 
Orang ramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mula percaya. Lalu Puteri itupun mengaku di hadapan khalayak ramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalahialah tuhan yang sebenar. Mengelak dari kemaraah tentera Namrud yang diarah untuk membunuhnya, Puteri itupun meluru ke arah [[api]] yang besar itu lalu berkata "''Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku''". Puteri Razia pun turut terselamat daripada terbakar. Raja Namrud semakin murka. Sebaik sahaja puteri Razia keluar daripada api, dia diburu. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta kerluarganya dan anak saudaranya [[Nabi Luth a.s.]] untuk melarikan diri.
 
==Menjalankan Korbankorban==
Menurut riwayat, Nabi Ibrahim AS pernah menyembelih korban sehingga 1,000 ekor [[Biri-biri|bebiri]], 300 ekor [[lembu]], dan 100 ekor [[unta]]. Walau bagaimanapun, baginya tidak cukup dalam mengorbanannya kepada Allah sehingga beliau bernazar ".''..seandainya aku mempunyai anak lelaki, pasti akan ku sembelih kerana Allah dan aku korbankan kepada-Nya.''"
 
Baris 98 ⟶ 100:
Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan bahawa pisau tersebut tidak dapat melukakan langsung [[leher]] [[Nabi Ismail |Ismail]], ada pula yang leher Ismail telahpun dipotong tetapi bertukar kepada haiwan tersebut dan ada pula yang menyatakan belum sempat pisau dilalu, Ismail telah ditukar.
 
Walau apapun, kisah ini dikisahkan di dalam al-Quran [[Surah As-Saaffat|As-Saffat]] ayat 102-109.
 
==Pembinaan Kaabah==
Baris 136 ⟶ 138:
*[[Babylon]]
 
== Pautan Luarluar ==
*[http://www.bangsamusnah.com/hzibrahim.html Kehidupan Nabi Ibrahim a.s]