Komunisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.90.37.146 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Teg: Undur
Baris 1:
[[Fail:Hammer and sickle.svg|thumb|Right|[[Tukul dan sabit]] yang menjadi alat penting golongan pekerja merupakan lambang komunisme.]]
 
'''Komunisme''' adalah [[ideologi politik]] dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang [[egalitarian]], [[tanpa kelas]], dan [[tanpa negara]] berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. [[Karl Marx]] menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan [[proletariat]]. "SupKomunisme Bontottulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
 
[[Fail:Marx color2.jpg|thumb|200px|[[Karl Marx]], Pengasas Komunisme.]]
 
Sebagai ideologi [[politik]], komunisme dianggap sebagai satu cabang [[sosialisme]]; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada [[Revolusi Perindustrian]] dan [[Revolusi Perancis]]. BontotKomunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran [[kapitalisme]] dan warisan [[penjajahan]] dan [[nasionalisme]]. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
 
Selain [[Karl Marx]], tokoh penting lain adalah [[Friedrich Engels]]. Fahaman dominan komunisme seperti [[Leninisme]], [[Stalinisme]], [[Maoisme]] dan [[Trotskyisme]] adalah berakar dari [[Marxisme]]. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada [[Bolshevisme]] atau Marxisme-Leninisme.