Perbezaan antara semakan "Nasionalisme"

77 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Membalikkan suntingan oleh 183.171.75.227 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar)
'''Nasionalisme Budaya''' adalah sejenis nasionalisme dimana [[negara]] memperolehi [[kesahihan (sains politik)|kesahihan politik]] dari budaya bersama dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh yang terbaik ialah rakyat Cina yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya. Unsur ras telah dibelakangkan dimana golongan [[Manchu]] serta ras-ras minoriti lain masih dianggap sebagai rakyat negara Cina. Kesediaan [[dinasti Quing]] untuk menggunapakai adat istiadat Cina membuktikan keutuhan budaya Cina. Malah ramai rakyat [[Taiwan]] menganggap diri mereka nasionalis Cina sebab persamaan budaya mereka tetapi menolak China kerana kerajaannya berfahaman [[komunisme]].
 
'''Nasionalisme kenegerian''' ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah ''national state'' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri. Contoh biasa ialah [[Nazisme]], serta nasionalisme Turki kontemporari, dan dalam bentuk yang lebih kecil, [[Franquisme]] sayap-kanan di Sepanyol, serta sikap ''Jacobin'' terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti juga nasionalisme masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi mewujudkan hak kesetaraan (equal rights) dan lebih autonomi untuk golongan [[Fleming]], dan nasionalis [[Basque]] atau [[CorsicanCorsica]]. Secara sistematik, bila mana nasionalisme kenegerian itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada kesetiaan masyarakat, dan terhadap [[wilayah]], seperti nasionalisme Turki dan penindasan kejamnya terhadap nasionalisme [[Kurdishorang Kurdi|Kurdi]], pembangkangan di antara kerajaan pusat yang kuat di Sepanyol dan Perancis dengan nasionalisme [[Basque]], [[CatalanCatalonia]] dan [[CorsicanCorsica]].
 
'''Nasionalisme keagamaan''' ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "''political legitimacy''" dari persamaan [[agama]]. [[Zionisme]] di [[Israel]] adalah satu contoh yang baik. Walaupun begitu, lazimnya nasionalisme etnik adalah dicampurkan dengan nasionalisme keagamaan. Misalnya, di [[Ireland]] semangat nasionalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka iaitu mazhab gereja [[Katolik Rom]]; nasionalisme di [[India]] seperti yang diamalkan oleh pengikut parti [[BJPBharatiya Janata]] adalah berpunca dari agama [[Hindu]] pegangan majoriti penduduk di India.
 
Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish dipimpin oleh mereka yang menganut agama [[Protestan]]. Gerakan nasionalis di [[Ireland]] bukannya berjuang untuk memartabatkan [[teologi]] semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi yang bersangkut paut dengan [[Ireland]] sebagai sebuah negara [[merdeka]] terutamanya [[budaya]] Ireland. Justeru, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan.