Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 39:
Kemurkaan baginda bertambah apabila Tun Bija Ali mengapi-apikan baginda agar Wan Anum dibelah perutnya bagi membuktikan bahawa anak dalam kandungannya mengidamkan nangka itu sekaligus menyebabkan kedua beranak itu meninggal dunia. Dengan kuasa dari Allah, ternyata anaknya masih memegang seulas nangka tersebut menyebabkan Baginda Sultan mula berasa serba salah di atas arahannya. Baginda memberi amaran agar perkara ini mesti dirahsiakan dan jika sesiapa yang melanggarnya akan dihukum bunuh. Beberapa hari kemudian, Datuk Laksamana dan pengikutnya pulang ke Johor Lama dengan selamat. Akibat kerinduannya terhadap Wan Anum, Datuk Laksamana puas mencari isterinya di seluruh kampung namun sia-sia sahaja.
 
Kematian Wan Anum itu tetap jua diketahui oleh Datuk Laksamana selepas terdengar dari mulut orang kampung. Dalam masa yang sama, Tun Bija Ali berjaya diperdaya oleh Tun Tijah dan Tun Aman. Akhirnya, Tun Bija Ali berjaya dibunuh oleh Tun Aman. Kematian Tun Bija Ali di atas tangan Tun Aman telah diketahui oleh Datuk Bentara Luar ([[Haji Arshad]]) dan Baginda Sultan yang bimbang Datuk Laksamana akan membalas dendam terhadap pembunuhan Wan Anum tempoh hari. Namun pada hari Jumaat, ketika Baginda Sultan di atas tandu di dalam perkarangan masjid untuk menunaikan solat jumaat. Datuk Laksamana terus menegur Baginda Sultan dengan begitu biadap sebelum menikam tubuh Baginda Sultan dengan kerisnya. Sebelum Baginda Sultan menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda sempat mencampakkan sebilah kerisnya terus mengenai ibu jari kaki kiri Datuk Laksamana dan menitahnkan daulatnya ''anak Bentan jika menjejakkan kakinya di Kota Tinggi, kelak muntah darah jadinya''. Beberapa detik kemudian, Datuk Laksamana menerima tulah lalu muntah darah dan meninggal dunia selepas itu. Riwayat Tun Aman juga berjaya dihapuskan oleh Datuk Bendahara. Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II di atas julang amat menyedihkan dan kerana baginda tidak mempunyai zuriat, Dengan itu, negeri Johor diperintah oleh nasab Bendahara Tun Abdul Jalil Shah. Tamatlah era Kesultanan Melayu Melaka di negero Johor.
 
==Pelakon==