Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Mengisahkan mengenai Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan ([[Nordin Ahmad]]) yang berjaya menumpaskan sekumpulan lanun yang menyerang Kuala Sedili, Johor Lama dan menyelamatkan Wan Anum ([[Maria Menado]]) yang telah dijadikan tebusan. Baginda [[Sultan Mahmud Shah II]] ([[M. Amin]]) amat gembira di atas kejayaan Megat Seri Rama dan dinaikkan pangkat kepada Datuk Laksamana Megat Seri Rama. Tun Bija Ali ([[Mahmud June]]), seorang pembesar yang lebih lama berkhidmat tidak berpuas hati dengan perlantikan itu lebih-lebih lagi apabila Datuk Laksamana Megat mengahwini Wan Anum.
 
Akibat hasad dengkinya terhadap Datuk Laksamana, Tun Bija Ali membuat komplot bersama ketua lanun yang bermaharajalela di perairan Johor. Lanun-lanun tersebut dipimpin oleh Megat Alang Merewah ([[Ahmad Sabri]]). Usaha ini digagalkan oleh Tun Aman ([[Mustapha Maarof]]) dan pengikutnya. Hal ini disaksikan sendiri oleh Datuk Bendahara ([[Shariff Medan]]) dan Datuk Temenggong ([[Yem]]) selepas mendapat perkhabaran tersebut. Namun begitu, keesokkan harinya Datuk Bendahara tidak menyabitkan Tun Bija Ali dengan kesalahan jenayahnya kepada Baginda Sultan. Atas nasihat yang bernas dari Datuk Bendahara, Tun Bija Ali tidak dibenarkan menjaga keamanan di perairan Johor tetapi tugas tersebut digalas oleh Datuk Laksamana bagi mengelakkan kejadian pembunuhan, rompakan dan gejala rasuah berleluasa di negeri Johor. Namun hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh Baginda Sultan. Baginda dan para pembesar istana akan menjaga keadaan Wan Anum sehingga kepulangan Datuk Laksamana kelak.
 
Datuk Laksamana dititahkan untuk belayar bagi menjalankan tugas hakikinya bagi menghapuskan kegiatan lanun di perairan Johor. Beliau berhasrat untuk menghantar pulang Wan Anum ke Kuala Sedili kerana bimbang akan keadaannya yang kini sedang berbadan dua. Di samping itu, sepanjang pemergiannya, Wan Anum tiada saudara mara yang tinggal di Kota Tinggi untuk menjaganya. Namun hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh Baginda Sultan. Baginda dan para pembesar istana akan menjaga keadaan Wan Anum sehingga kepulangan Datuk Laksamana kelak. Dalam masa yang sama, Tun Aman juga mempunyai hasrat untuk membunuh Tun Bija Ali di atas pembunuhan kekandanya Tun Khalid beberapa tahun yang lalu. Tun Aman merancang untuk mempergunakan kakaknya, Tun Tijah ([[Siput Sarawak]]) untuk memikat hati Tun Bija Ali sebelum membunuhnya kelak.
 
Pada suatu hari, Tok Penghulu ([[A. B. Ibrahim]]) yang baru pulang dari kebun diraja telah lalu dihadapan rumah Datuk Laksamana dan bertembung dengan Wan Anum. Kerana mengidamkan memakan nangka, beliau meminta seulas sahaja nangka dan Tok Penghulu pada mulanya melarangnya akan tetapi kerana beliau kasihankan Wan Anum dan kandungannya, beliau tetap memberikannya dengan perasaan yang serba salah. Memandangkan beliau telah menyuruh Awang ([[Wahid Satay]]) mencari buah nangka di seluruh kampung namun gagal juga diperolehi. Kehilangan seulas nangka itu akhirnya telah diketahui oleh Baginda Sultan. Ini kerana pokok nangka tersebut telah di tanam oleh Baginda Sultan dan buah tersebut merupakan buah sulung yang tumbuh di luar musimnya.