Jay Chou: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 44:
'''Jay Chou ''' ({{zh-tspw|t=周杰倫|s=周杰伦|p=Zhōu Jiélún|w=Chou Chieh-lun}}) (lahir [[18 Januari]] [[1979]]) ialah seorang pemusik, penyanyi, penerbit, pelakon dan pengarah asal [[Taiwan]]. Pada tahun 1998, beliau mula menaikkan namanya dengan mempersembahkan kemahiran bermain [[piano]] dan penggubahan lagu dalam pertandingan bakat. Dalam masa dua tahun seterusnya, beliau diambil untuk menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi Cina terkemuka. Anak seni yang pernah berlatih [[muzik klasikal]] ini menggabungkan gaya-gaya musik Cina dan Barat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menggabungkan genre-genre [[R&B]], [[Muzik rock|rock]], dan [[Muzik pop|pop]], meliputi hal ehwal seperti masalah rumahtangga, peperangan, dan pembandaran.
 
Pada tahun [[2000]], Chou mengeluarkan album sulungnya berjudul ''[[Jay (album)|Jay]]'' di bawah naungan syarikat rakaman Alfa Music. Semenjak itu, beliau telah menghasilkan satu album setahun, setiap satunya berjaya menjual beberapa juta salinan. Karyanya disambut hangat di seluruh benua [[Asia]], khususnya di negara-negara [[China]], [[Jepun]], [[Hong Kong]], [[Malaysia]], [[Indonesia]], [[Singapura]], [[Vietnam]], [[Taiwan]], dan di komuniti [[orang Cina seberang laut|Cina seberang laut]], serta meraih lebih 20 anugerah setiap tahun. Beliau telah menjual sebanyak 25 juta album di seluruh dunia. Pada tahun 2007, nama beliau memasuki senarai 50 tokoh paling berpengaruh di China oleh [[Chatham House]] di [[UK]]. Beliau membintangi filem ''[[Initial D (filem)|Initial D]]'' (2005) yang mana beliau menggondol anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di [[Pesta Filem dan Anugerah Kuda Emas]], dan juga dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di [[Anugerah Filem Hong Kong]] atas lakonannya di filem ''[[Curse of the Golden Flower]]'' (2006). Kerjayanya kini ditambah dengan tugas mengarah filem dan mengendali syarikat rakaman sendiri, iaitu JVR Music. He is suck at singing at when he was young he is as stupid as Lim Chen Yi.
 
== Rujukan ==