Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.210.172.103 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Jusuh
Teg: Undur
Miiyuh (bincang | sumb.)
Baris 41:
|footnotes =
}}
'''Bandar Raya Shah Alam''' ialah [[ibu negeri]] bagi Negeri [[Selangor Darul Ehsan]], [[Malaysia]]. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandaraya pada pada tahun 2000. Shah Alam, juga merupakan bandaraya yang hampir dengan bandaraya [[Kuala Lumpur]], hanya dipisahkan oleh [[Petaling Jaya]] iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya; 646 890 orang <ref name="popSA"> Laman Sesawang Rasmi MBSA : maklumat awan [http://www.mbsa.gov.my/maklumatawam], dicapai pada 11 November 2012.</ref> dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya banyak kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang-kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.
 
== Sejarah Awal Shah Alam ==
Baris 50:
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara [[Petaling Jaya]] dan Bandar Diraja [[Klang]] serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuhraya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]].
 
Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan [[hutan]] mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru bagi menggantikan [[Kuala Lumpur]]. Kuala Lumpur [[Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur|menjadi]] [[Wilayah Persekutuan]] secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di [[Bangunan Sultan Abdul Samad]], Kuala Lumpur <ref name="popSA2"> Portal Rasmi Kerajaan Selangor : Sejarah Pejabat Setiausaha Kerajaan [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/99], dicapai pada 5 Februari 2014.</ref> mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada [[7 Disember]] 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj]] Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.
 
Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah [[Petaling]] yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi [[Majlis Perbandaran Subang Jaya|Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)]]. Bahagian zon selatan iaitu bermula dari Seksyen 26 hingga 28 yang berada dalam daerah [[Petaling]] serta dari Seksyen 25, 29 hingga 36 (Pelan Warta 1994) yang merupakan bahagian dalam daerah [[Klang]] diambil alih dari [[Majlis Perbandaran Klang]] manakala [[Kampung Bukit Lanchong]] dan [[Subang Hi-Tech Industrial Park]] (beserta sebahagian [[Batu Tiga]]) diserah kepada [[Majlis Perbandaran Subang Jaya|MPSJ]].
Baris 64:
==Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam==
 
Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. <ref name="popSA3"> Laman Sesawang Rasmi MBSA : Penubuhan MBSA [http://www.mbsa.gov.my/ms/mbsa], dicapai pada 10 Januari 2014.</ref>
 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri [[Selangor]] untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu :
Baris 199:
# SMK Subang
# SMK Subang Bestari
# SAM TinggiSAMT Tengku Ampuan Jamaah
# Sekolah Seri Cahaya
# SMK TTDI Jaya