Anak Jantan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Baris 42:
[[Farid Kamil]] dan [[Bront Palarae]] yang sebelum ini bekerjasama dalam filem ''[[Anak Halal]]'' (2007) dan ''[[V3 Samseng Jalanan]]'' (2010) menjayakan watak utama dalam filem ini. Bagi menghidupkan peranan masing-masing, Bront dan Farid melakukan lagak ngeri sendiri, dengan sokongan pakar aksi lagak ngeri Thailand.<ref name="Anak Jantan"/> Beberapa adegan yang menggunakan dialog bahasa Siam oleh pelakon Thailand dan dialih suara ke Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman penonton. Hampir 15 peratus penceritaan dalam ''Anak Jantan'' telah dipotong oleh [[Lembaga Penapisan Filem]] (LPF).<ref name="Anak Jantan"/>
 
Faizul dalam temuramah bersama ''[[Sinar Harian]]'' berkata idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama tercetus bersama penerbit, Abdul Latiff Mohaideen dan Penerbit Eksekutif, [[Tengku Iesta Tengku Alaudin]]. Beliau berkata: "Idea ini bermula apabila menceritakan detik debaran ketika anak saya, Arissa Aqila, 2, hilang selama lima minit di pasaraya." Penggambaran dijalankan di [[Kuala Lumpur]], [[Langkawi]] dan [[Thailand]].<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/anak-jantan-pamer-kehebatan-pelakon-tempatan-1.327413|title=Anak Jantan, pamer kehebatan pelakon tempatan!|author=Akmaliah Razak|date=25 Oktober 2014|accessdate=27 April 2015|work=[[Sinar Harian]]}}</ref> Faizul turut memberitahu bahawa jalan cerita filem tentang puak yang berselindung di sebalik agama dalam melakukan kekejaman tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/10/21/anak-jantan-tidak-kaitan-pengganas/|title='Anak Jantan' Tiada Kaitan Aktiviti Pengganas|author=Kemalia Othman|date=21 Oktober 2014|accessdate=27 April 2015|work=[[mSTAR Online]]}}</ref>
 
==Rujukan==