Beruang kutub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
[[Fail:Polar-bear_ms.jpg|thumb|Beruang kutub]]
 
'''Beruang Polarkutub''' (''Ursus maritimus''), ialah [[mamalia]] besar dalam aturan [[maging]], keluarga biologi Ursidae. Ia ialah spesies [[circumpolar]] yang terdapat di dan sekitar Lautan Artik. Ia ialah haiwan mamalia maging daratan terbesar. Beruang Kutub dewasa jantan seberat antara 400 hingga 600 kilogram dan kadangkala melebihi 800 kilogram. Beruang Polar betina sekitar separuh berat beruang jantan dan biasanya seberat antara 200 hingga 300 kilogram. Beruang jantan dewasa sepanjang 240 hingga 260 sentimeter dan beruang betina antara 190 hingga 210 sentimeter. Ketika baru lahir, bayi beruang seberat 600 hingga 700 gram.
 
Kerana kehilangan habitat yang dijangka disebabkan oleh perubahan iklim, beruang kutub diklasifikasikan sebagai spesies lemah, dan sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah menjadi tokoh utama dalam kehidupan jasmani, rohani, dan budaya bangsa ''circumpolar'', dan beruang kutub kekal penting dalam budaya mereka.