Hari Deepavali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Perayaan ini menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti dahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan spiritual atau rohani.
'''Hari Deepavali''' yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan. Selain itu, "kolam" yang dibuat daripada bijiran pelbagai warna dan melambangkan penyembahan dewa Lakshmi akan dilakarkan di pintu rumah mereka. Pada pagi Hari Deepvali,setiap daripada ahli keluarga akan menyapu minyak diatas rambut lalu mereka mandi.
 
Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "Deepam" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "Vali" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.
 
Hari Deepavali bermula dengan mandian minyak bijan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumak sanak-saudara dan rakan-rakan.
 
== Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar ==
Baris 7 ⟶ 11:
Dalam [[kalendar Gregorian]], Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.
 
== Kepentingan dalam agama Hindu. ==
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam [[Ramayana]].
 
Perkataan [[Sanskrit]] "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
 
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utaraUtara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
 
=== Cerita berkaitan Deepavali ===