Perbezaan antara semakan "Hari Deepavali"

14 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Perayaan '''Deepavali''' menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan spiritual atau rohani.
 
Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "''Deepam''" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "''Vali''" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.
 
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumak sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
46,997

suntingan