Fazley Yaakob: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembetulan.
Baris 25:
'''Dato' Ahmad Fadzli bin Yaakob''' atau lebih dikenali sebagai '''Fazley Yaakob''' atau '''Fazley''' (lahir 18 April 1978) sahaja, ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari [[Malaysia]]. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan [[Universiti Utara Malaysia]] (UUM),{{fact}} beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada SukaSucre Bistro dan Rayz Bistro (Singapura).{{fact}} Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer [[Ajai]] yang berjudul ''Asmara Ini'' pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai [[MasterChef Selebriti Malaysia]] pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan "From Rembau to Paris".
 
==Kehidupan dan kerjaykerjaya==
Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 18 April 1978, Fazley merupakan anak kepada pengendali Putrade Malaysia{{fact}}, Datuk Yaakob Mohammad dan Datin Umi Kalsom Abdol Latib dan dibesarkan oleh keluarganya di beberapa tempat seperti [[Jakarta]], [[Los Angeles]] dan [[Kuala Lumpur]]. Beliau bersekolah di Jakarta International School, Indonesia (tadika), Vermont Avenue School, Los Angeles, Amerika Syarikat (sekolah rendah) sebelum pulang ke tanah air dan bersekolah di Sekolah Rendah (SK) Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur dan St Johns Institution, Kuala Lumpur (sekolah menengah). {{fact}}
 
Ketika di St. Johns beliau aktif dalam aktiviti kebudayaan dan nyanyian dan mendapat tawaran rakaman album oleh Musicland Entertainment pada usia 17 tahun <ref>http://khazanah-muzik.blogspot.com/search/label/Fazley</ref>. Setelah muncul dengan album pertama pada tahun 1995 yang tidak begitu mendapat sambutan, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Taylor's Kuala Lumpur. Setelah itu BMG Music menawarkan kontrak rakaman untuk album kedua yang berjudul ''Impian Yang Nyata'' (1996). Namun promosi album ini tergendala kerana Fazley mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Victoria University of Wellington, New Zealand dan sarjana di Institute of Technology Australia (IOTA), Australia. Beliau pulang kembali ke tanahair pada tahun 2000<ref>http://anizyn.blogspot.com/2014/02/biodata-dan-trivia-datuk-dr-fazley.html</ref>.
 
Album ketiganya yang berjudul ''Asmara Ini'' terbitan Warner Music pada tahun 2001 menjadi titik mula kemaraan beliau di persada seni apabila lagu hits ''Asmara Ini'' mendapat sambutan hangat di corong-corong radio. Album yang diterbitkan oleh komposer prolifik [[Ajai]] itu berjaya meletakkan Fazley sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular lain. Pada tahun 2002, Fazley dicalonkan di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002]] dalam kategori [[Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH)|Penyanyi Lelaki Popular]]. Beliau sekali lagi dicalonkan dalam kategori tersebut pada tahun [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004|2004]] apabila muncul dengan album ''Cerita Asmara''. Seiring itu juga beliau terjun ke dunia lakonan menerusi filem ''Gerak Khas The Movie II'' (2002), ''Janji Diana'' (2003) dan watak utama dalam ''Gila Bola'' (2003).