Rock Bro!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Dannylango (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Perbezaan pendapat atas beberapa perkara menyebabkan Jijo kecewa dengan apa yang berlaku. Selain itu, Keabraban hubungan Jijo dan Ella merubah sisi peribadi Jijo. Namun kehadiran semula Cik Man yang baru dibebaskan dari penjara sedikit sebanyak meredakan keadaan. Perasaan cinta Jijoe pada Ella mula membuat dia mula bersikap cemburu dan pemarah. Masalah cinta mula membelenggu disamping persaan kecewa dengan cara pengurusan syarikat rakaman, Jijoe mula memikirkan hakikat kehidupanya. Ketika majlis pelancaran album mereka, Jijoe mengumumkan hasrat untuk bersara daripada arena musik. Tindakan ini mengejutkan ahli Rimba Bara dan semua pihak. Slash menerima keputusan itu sebagai satu tamparan yang hebat kepada dirinya dan ia mula mengubah sifat kepada panas baran apabila mengambil alih Kumpulan Rimba Bara. Jijoe meneruskan kehidupan seperti biasa namun jauh berbeza sama sekali dengan rutin ketika dia bermain musik. Dia mula mengenang kisah silam yang mana perasaan kagum terhadap bakat bapanya dalam bidang seni musik. Malang padanya kerana bapanya meninggal ketika berusia 38 tahun dan ketika itu Jijo masih kecil. Ibunya telah berkahwin dengan seorang pengusaha yang telah berusia, namun kebahagiaan tersebut tidak lama apabila ibunya ditikam oleh bapa tiri dan peristiwa itu disaksikan dihadapan matanya sendiri. Bermula dari itu, Jijoe hidup bertukar tukar penjaga di rumah pusaka bapa tirinya sehingga dewasa. Menyingkap pula kisah kehidupan Slash yang dilahirkan di Terengganu. Dia berpindah ke kampung halaman Ibunya selepas tanah asal kelahiranya digadai. Nilai seni muzik rock sangat teguh di dalam dirinya namun cabaran dalam mengendalikan Rimba Bara sangat menguji. Dengan tekanan psikologi dari pihak kerajaan dan ditambah pula dengan masalah dadah yang dihadapi Ajak iaitu Bassist yang menggantikan Jijoe. Lebih mengecewakan Slash apabila Zul meninggalkan musik rock dan menubuhkan kumpulan 4URU yang beraliran Rap.
 
Panas baran Slah menjadi pemusnah Rimba Bara, dia dipenjara kerana menjadi punca kematian Ajak. Zul mengubah nama menjadi ACGMC kepada Zee, Jijoe pula meninggal selepas selesai membuat persembahan di majlis kahwin Zack, Dio dan Cik Man turut terkorban. Black yang terselamat kini menjadi teman rapat Zul dan boleh bertutur selepas menjalani pembedahan lidah. Di masa hadapan Zack dan Slash bertemu selepas anak Slash, Aishah membuat dokumentari mengenai mereka.
 
== Pelakon==
Baris 44 ⟶ 46:
* [[Kamarul Haji Yusof]] sebagai Cik Man
* [[Sharwani]] sebagai Dio
* Fatin Syahirah sebagai Aishah ( anak Slash dan Puteh )
 
==Produksi==
'''KRU''' 
Baris 85 ⟶ 89:
 
Cinnamon Lion melalui tulisan dalam Cinema Online memberikan 4/5 bintang secara keseluruhan. Dalam ulasanya, Tidak seperti pendahulunya, filem ketiga sedikit lebih kepada bentuk peribadi dan dramatik kerana ia diambil daripada perspektif ketua kumpulan Rimba Bara iaitu Jijo, dan ia juga membentangkan kisah zaman kanak-kanak Jijo yang tidak pernah ditunjukkan dalam kedua-dua filem sebelumnya Tahniah kepada semua pelakon,  tetapi perhatian utama filem ini adalah watak Khir Rahmania iatu Jijo yang benar-benar menarik dalam peranannya, menunjukkan sisi yang sama sekali baru untuk wataknya yang menyegarkan dan mengejutkan. Selain daripada Khir Rahman, pelakon baru, Amy Juliet juga memainkan peranan yang baik dalam menggambarkan ratu rock Malaysia Ella. Walaupun dia tidak mempunyai banyak adegan dalam filem itu, penampilannya pasti meninggalkan kesan yang besar kepada penonton. Secara keseluruhan, cerita dalam filem ini agak memuaskan dan ia berjaya dengan baik mengakhiri seluruh trilogi.<ref>http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2016.10500.rockbro.20591#1ulYfJL7i1SwhI2E.97.</ref>
 
== Trivia ==
 
* Dalam filem Rock 2005, suara latar Zack menceritakan tempatnya digantikan oleh Lan Lentik dari kumpulan Malaikat Maut. Untuk tidak merosakkan garis masa asal, dalam van sebelum dan selepas ke majlis perkahwinan Zack, Slash tiada, begitu juga Lan Lentik. Membayangkan waktu itu Slash sedang menjalani hukuman penjara.
* Fatin Syahirah kali ini tampil sebagai Aishah, anak perempuan Slash dahulunya memegang watak Puteh, teman wanita Slash dalam Rock Ooo!. ini filem ketiga lakonannya dibawah arahan Mamat Khalid selepas Rock Ooo! dan Rumah Pusaka di Simpang Jalan.
* Zack dan Slash tidak pernah berjumpa kerana Zack hanya muncul dalam filem Rock 2005, manakala Slash mula tampil dalam Rock Oo. Mereka saling tidak mengenali, tiada babak yang menunjukkan mereka pernah bersua muka sebelum ataupun selepas Zack keluar rimba bara.
* Ajak sememangnya seorang pemuzik sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini. Kali pertama watak pemuziknya ialah dalam filem Rock 2005 kemudiannya dalam Zombie Kampung Pisang sebagai Pian Pe'ot bassist Real ABCD.
* Zul yang insaf dan lari sekejap dari dunia rock selepas membaca majalah At-Taqwas dan menyertai kumpulan agama, secara tidak langsung merujuk kepada gerakan Al-Arqam yang hangat diperkatakan pada waktu itu.
 
==Pautan luar==