Batang Rajang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Catmeow123 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 20:
Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, [[Sumatra]] dan Jawa menjadi bersambung kepada [[Borneo]] melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada [[Sungai Mekong]] di Vietnam dan [[Sungai Chao Phraya]] di Thailahnd di utara, [[Sungai Baram]] dan Sungai Rajang di [[Sarawak]] di timur dan [[Sungai Pahang]] dan [[Sungai Rompin]] di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas [[Holocene]], bila suhu meningkat, jambatan tanah tersbut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walaubagaimana pun, motif genetik mereka masih dalam [[DNA]]-nya sebuagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.
 
My name is Nunung Rya Sarina
== Bencana sekatan balak ==
Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikata telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang. Ia dianggarkan bahawa isipadu balak dan serpihan telah melebihi 300, 000 m<sup>3</sup>. Sekatan balak ini juga telah menjejaskan Sungai Igan. Serpihan balak, berukur 50km panjang, telah tiba di [[Sibu]] pada 8 Oktober. Sekatan balak ini telah menyebabkan kesusahan pengangkutan untuk penduduk yang tinggal di tebing sungai dan bangkai ikan juga dilihat di sungai tersebut.<ref name=star>{{cite news|url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/9/nation/7192940&sec=nation|title=50km logjam on the Rajang river|last=Hii|first=Philip|date=9 October 2010|work=[[The Star (Malaysia)]]|publisher=Star Publications|accessdate=17 October 2010}}</ref>
 
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh mendakwa bahawa bencana sekatan balak tidak pernah terjadi sebelum itu dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun, Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri James Masing mendakwa bahawa bencana serupa telah terjadi sebelumnya dan dia menyalahkan bencana tersbut atas pembalakan sembarangan oleh syarikat pembalakan yang tidak bertanggungjawab.<ref name=star/> Menteri Besar Negeri, [[Abdul Taib Mahmud]] telah menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak menyalahkan sesiapa terhadap penyebab sekatan balak ini dan dia menjaminkan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat kejadian ini.<ref>{{cite news|url=http://www.theborneopost.com/?p=67890|title=CM: We will probe cause of logjam|last=Sibon|first=Peter|date=11 October 2010|work=[[The Borneo Post]]|accessdate=17 October 2010}}</ref> Gerakan bagi Perubahan, Sarawak (MoCS) telah mencadangkan bahawa suatu jawatankuasa dengan perwakilan dari kerajaan dan pembantahan sepatutunya ditubuhkan untuk mengenalpastikan penyebab tepat sekatan balak di Sungai Rajang.<ref>{{cite news|url=http://www.theborneopost.com/?p=68570|title=Rajang disaster: Movement wants independent probe |last=|first=|date=14 October 2010|work=[[The Borneo Post]]|accessdate=17 October 2010}}</ref>
 
== Rujukan ==