Perbezaan antara semakan "KLIA Ekspres"

32 bait dibuang ,  1 tahun lalu
 
==Latarbelakang==
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada [[25 Ogos]] [[1997]], kerajaan [[Malaysia]] telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]].
 
Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan [[Mei]] [[1997]] dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat [[Jerman]] dan [[Malaysia]] iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun [[1999]] bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.
 
Krisis kewangan yang melanda rantau [[Asia]] pada tahun [[1997]] menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan [[Jerman]]. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.
 
===KLIA Ekspres===
Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada [[14 April]] [[2002]] menghubungkan bandar raya [[Kuala Lumpur]] dengan [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]]. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Ekspres ialah penumpang-penumpang syarikat penerbangan, para pelancong dan ahli-ahli perniagaan.