Perbezaan antara semakan "Radar"

1,679 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Gelombang radar radio boleh dihasilkan dengan mudah pada kekuatan yang diingini, boleh dikesan walaupun dengan kuasa rendah, dan kemudiannya diperkuatkan beberapa kali ganda. Oleh itu, radar sesuai untuk mengesan objek pada jarak jauh di mana cara lain seperti bunyi, daya penglihatan, menjadi terlalu lemah untuk digunakan.
 
== ElektromagnetBinaan ==
Sebuah radar itu terdiri daripada komponen-komponen berikut:
Set radar cuba memesongkan gelombang elektromagnet, terutamanya gelombang radio dan gelombang mikro, dari objek sasaran. Pemesongan ini kemudiannya dikesan dengan menggunakan penerima radio.
* [[Pemancar]] yang menjana isyarat radio melalui pengayun seperti [[klistron]] atau [[magnetron]] dan dikawal tempoh ayunannya menggunakan [[pemodulatan|pemodulat]].
* [[Pandu gelombang]] yang menghubungkan transmiter dengan antena.
* [[Pendupleks]] yang bertindak sebagai suis antara antena dan transmiter, atau menggantikan peranan penerima signal apabila antena digunakan dalam kedua-dua situasi.
* Penerima (''receiver'') yang direka agar dapat menerima gelombang berbentuk tertentu.
* Pemproses yang menukarkan isyarat kepada paparan yang boleh dibaca oleh manusia melalui peranti output khas.
* Bahagian elektronik yang mengawal kesemua alatan dan antena untuk melakukan imbasan radar yang dikehendaki perisian.
* Suatu penghubung untuk mematikan alatan dan paparan pengguna.
 
==Kegunaan==
Pesawat-pesawat udara dipasangkan dengan alatan radar yang memberikan amaran mengenai pesawat atau halangan lain yang mendatangi laluan mereka serta memberikan maklumat cuaca persekitaran dan bacaan [[altitud]] yang tepat.
 
Radar laut khas digunakan untuk mengukur bearing dan jarak kapal-kapal agar dapat mengemudi, serta mengelakkan perlanggaran daripada berlaku serta menetapkan kedudukan di laut apabila berada dalam jarak persisiran atau tiitk rujukan yang tetap seperti pulau-pulau, apungan dan kapal suar yang berkeliaran. Sistem trafik berasaskan teknologi ini juga digunakan untuk mengawasi dan mengawal pergerakan kapal di perairan yang sibuk seperti dalam pelabuhan besar.
 
Sistem ini juga digunakan dalam bidang [[kaji cuaca]] untuk mengawasi pergerakan [[kerpasan]] dan angin setempat, malah menjadi alat yang penting dalam [[ramalan cuaca|peramalan cuaca]] jangka pendek serta pemerhatian fenomena cuaca yang dahsyat seperti [[ribut petir]] dan [[ribut salji|salji]], [[puting beliung]] dan sebagainya.
 
==Rujukan==