Ayah Pin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
k Buang kategori yg kurang sesuai
Kiedd 07 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Arifin Mohamad''' 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai '''Ayah Pin''', merupakan pengasas kepada kumpulan agama sesat yang dikenali sebagai "[[Kerajaan Langit]]" (Sky Kingdom) yang berpusat di [[Terengganu]]. Namun kumpulan ini dituduh oleh pihak kerajaan [[Malaysia]] sebagai ajaran sesat yang menipu umat [[Islam]], dan mengharamkan kumpulan ini.
 
==Asal usul==
Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.
 
==Kejayaan dan pengaruh==
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.
 
==Pembentukan Kerajaan Langit==
Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.
 
[[Imej:Ayah_pin.png|170px|Right|thumb|Ayah Pin dibelakang beberapa barangan replika]]
 
==Kejatuhan==
Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan . Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan.
 
 
 
Ayah Pin mempunyai 4 orang isteri. Beliau dikatakan melarikan diri ke Selatan [[Thailand]].
 
 
[[Imej:Isteri-isteri_ayah_pin.png|170px|left|thumb|Isteri-isteri Ayah Pin]]
 
 
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah j berasaskan wahyu tersebut.