Vietnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 240:
== Ekonomi ==
{{utama|Ekonomi Vietnam}}
{{:Ekonomi Vietnam}}
Perang Vietnam telah memusnahkan kebanyakan ekonomi Vietnam. setelah merampas kuasa, Kerajaan memperkenalkan [[ekonomi terancang]] untuk negara. [[Pengkolektifan]] ladang-ladang, kilang-kilang dan modal ekonomi dilaksana, dan berjuta-juta rakyat diberi kerja di bawah rancangan kerajaan. Selama berdekad-dekad, ekonomi Vietnam diselubungi ketidakcekapan dan rasuah dalam rancangan negeri, mutu rendah dan kurang pengeluaran serta sekatan terhadap kegiatan ekonomi dan perdagangan. Ekonomi Vietnam juga dikenakan larangan perdagangan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah selepas Perang Vietnam. Kemudiannya, rakan-rakan dagang blok-blok Komunis mula menghakis. Pada tahun [[1986]], Kongres Parti Keenam memperkenalkan pembaharuan ekonomi penting dengan unsur-unsur [[ekonomi pasaran]] sebagai sebahagian pakej pembaharuan ekonomi meluas iaitu "[[doi moi|đổi mới]]" (''Pengubahsuaian''). Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Pada bulan November 1991, misi perniagaan Jepun mula masuk ke Vietnam secara menggalakkan sejak perjanjian damai Kemboja membuka jalan untuk meleraikan sekatan perdagangan yang dipimpin Amerika Syarikat.<ref>Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Vietnam-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.</ref> Vietnam mencapai sekitar pertumbuhan [[KDNK]] setahun sekitar 8% dari tahun 1990 hingga 1997 dan berterusan pada sekitar 7% dari tahun 2000 hingga [[2005]], menjadikannya ekonomi kedua paling pesat bertumbuh di dunia. Serentak dengan ini, [[pelaburan asing]] bertumbuh tiga kali ganda dan [[simpanan|simpanan tempatan]] pula lima kali ganda. Industri pembuatan, [[teknologi maklumat]] dan teknologi tinggi membentuk sebahagian besar dan berkembang pantas dalam ekonomi negara. Sungguhpun masih agak baru menceburi bidang penghasilan minyak, namun pada masa kini Vietnam sudah menjadi pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan keluaran 400,000 tong sehari. Vietnam ialah antara ekonomi paling terbuka di Asia: perdagangan dua hala bersamaan dengan kira-kira 160% KDNK, lebih dua kali ganda nisbah untuk China dan lebih empat kali nisbah untuk India.<ref>[http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_archive/2006/11/13/8393174/index.htm Vietnam Vrooooom: Asia's second-fastest-growing economy takes the global stage.] - [[CNN]] Money</ref>
 
==Pengangkutan==
Vietnam masih merupakan negara yang agak miskin dengan KDNK sebanyak US$280.2 juta pada pariti kuasa beli (anggaran, [[2006]], Sumber: unit Economist Intelligence), iaitu ~US$3,300 per kapita (US$726 pada kadar tukaran pasaran). Kadar inflasi dianggarkan pada 7.5% setahun pada tahun 2006. Kuasa perbelanjaan awam dilihat banyak bertambah. Kemiskinan tegar, iaitu satu peratusan penduduk yang menyara hidup dengan cuma kurang $1 sehari, turut banyak menurun dan kini lebih kecil berbanding kadar yang serupa di China, India, dan Filipina. Sebagai kesan beberapa langkah [[pembaharuan tanah]], Vietnam kini merupakan pengeluar kacang [[gajus]] terbesar dengan satu pertiga keluaran dunia serta pengeksport [[beras]] kedua terbesar di dunia selepas [[Thailand]]. Vietnam mengalami peratusan kegunaan tanah tertinggi untuk tanaman kekal, iaitu 6.93%, di kalangan negara-negara rantau Subkawasan Mekong Raya. Selain beras, hasil eksport penting yang lain termasuk [[kopi]], [[teh]], [[getah]], dan hasil perikanan. Bagaimanapun, bahagian pertanian dalam keluaran ekonomi makin berkurangan, iaitu merosot sebagai bahagian GDP dari 42% pada tahun 1989 kepada 20% pada tahun 2006, kerana pertumbuhan pengeluaran dalam sektor-sektor lain dalam ekonomi. Menurut CIA World Fact Book, kadar pengangguran di Vietnam antara yang terendah di dunia iaitu pada 2%, hanya mengekori [[Azerbaijan]], [[Cuba]], [[Iceland]], [[Andorra]] dan [[Liechtenstein]]. Antara langkah-langkah lain yang diambil dalam proses peralihan kepada ekonomi pasaran, pada bulan Julai 2006 Vietnam mengemaskini perundangan harta inteleknya agar mematuhi [[TRIPS]]. Vietnam diterima masuk ke dalam [[Pertubuhan Perdagangan Sedunia|WTO]] pada 7 November 2006. Rakan dagang utama Vietnam termasuk Jepun, [[Australia]], negara-negara ASEAN, A.S. dan negara Eropah Barat.
{{utama|Pengangkutan di Vietnam}}
Kebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.
 
===Udara===
[[File:Vietnam Airlines Airbus A350-941 VN-A886.JPG|thumb|left|[[Vietnam Airlines]] Airbus A350]]
[[File:Tan Son Nhat International Airport.jpg|thumb|[[Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat]] di Bandaraya Ho Chi Minh]]
 
Vietnam mengendalikan 21 buah lapangan udara awam utama, termasuklah tiga gerbang antarabangsa utama iaitu [[Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai]] di [[Hanoi]], [[Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang]] di [[Da Nang]], dan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat]] di [[Bandaraya Ho Chi Minh]]. Tan Son Nhat ialah lapangan terbang terbesar di negara, mengurus 75% trafik penumpang antarabangsa.
 
[[Vietnam Airlines]] merupakan syarikat penerbangan milik negara. Juga terdapat beberapa buah syarikat penerbangan swasta, termasuk [[Air Mekong]], [[Jetstar Pacific Airlines]], [[Vietnam Air Service Company|VASCO]] dan [[VietJet Air]].
 
===Jalan raya===
[[File:Cao toc Cau Gie Ninh Binh.JPG|thumb|Lebuhraya Utara–Selatan dari Cầu Giẽ ke [[Ninh Bình]] ]]
Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.
 
Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.<ref>[http://www.gso.gov.vn/default.aspx?tabid=622&ItemID=11314 Social and economic situation, 8 months of 2011]. General Statistics Office of Vietnam. Retrieved 1 September 2011.</ref> Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.
 
===Kereta api===
[[File:My Son railway tracks.jpg|thumb|left|Lintasan kereta api berdekatan [[Mỹ Sơn]]]]
Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah [[Kereta Api Utara–Selatan (Vietnam)|Reunification Express]] yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke [[Thái Nguyên]], dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.
 
Pada 2009, Vietnam dan [[Jepun]] memeterai urus janji untuk membina [[Kereta Api Ekspres Utara–Selatan (Vietnam)|sistem kereta api kelajuan tinggi]] dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km<ref>{{Cite news| title=High-speed train planned for Vietnam – Business – International Herald Tribune| newspaper=The New York Times| date=6 February 2007| url=https://www.nytimes.com/2007/02/06/business/worldbusiness/06iht-vietrail.4489612.html| accessdate=9 July 2010}}</ref> melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan [[Thu Thiem]] di Bandaraya Ho Chi Minh.<ref>{{Cite news| title=Vietnam to build high-speed rail |newspaper=The Sydney Morning Herald| date=13 November 2009| url=http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-highspeed-rail-20081113-62bd.html| accessdate=9 July 2010}}</ref> Dengan berbekalkan teknologi ''[[Shinkansen]]'' dari Jepun,<ref>{{Cite news| title=Vietnam will adopt Japan's bullet-train technology for $56 billion rail link| work=eTravel Blackboard| date=14 August 2009| url=http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?id=64035&nav=8| archiveurl=https://web.archive.org/web/20110510042043/http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?id=64035&nav=8| archivedate=10 May 2011|accessdate=9 July 2010}}</ref> landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju {{convert|360|km|mi}} sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke [[Vinh]], [[Nha Trang]] dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara [[Lào Cai]] dan [[Lạng Sơn]].
 
===Jalan air===
Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk [[Cam Ranh]], [[Da Nang]], [[Hai Phong]], [[Bandaraya Ho Chi Minh]], [[Hong Gai]], [[Qui Nhơn]], [[Vũng Tàu]], [[Cua Lo]] dan [[Nha Trang]]. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih {{convert|17700|km|mi}} [[jalan air]] yang boleh dilalui oleh [[feri]], [[baj]] dan [[teksi air]].<ref>[http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html Index Mundi]. January 2012. Retrieved 25 April 2012.</ref><ref>[http://www.travelblog.org/Photos/4708303 "Water taxi in Ca Mau city, Vietnam"]. TravelBlog. 27 January 2010. Retrieved 25 April 2012.</ref>
 
Selain daripada itu, [[Delta Mekong]] dan [[Delta Sungai Merah]] penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu [[Bandaraya Ho Chi Minh]] dan [[Hanoi]] masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di [[Laut China Selatan]], Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai [[Kepulauan Spratly]] yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.<ref>[http://www.globalsecurity.org/military/world/war/spratly-claims.htm "Territorial claims in the Spratly and Paracel Islands"]. GlobalSecurity.org. 2011. Retrieved 3 February 2013.</ref>
 
== Budaya ==