Summer Holiday (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Menambah sinopsis
 
Baris 31:
}}
'''''Summer Holiday''''' (夏日的麼麼茶) ialah satu filem komedi romantik [[Hong Kong]] pada tahun 2000 yang disutradarakan oleh Jingle Ma dan dibintangi oleh [[Richie Jen]] dan Sammi Cheng.
 
Cerita ini mengenai seorang wanita Hong Kong bernama Summer dibuang kerja dan pergi ke Malaysia untuk menjual separuh daripada pantainya kepada seorang pemaju tempat peranginan. Namun begitu, sepupunya telah menjual separuh tanahnya kepada seorang lelaki tempatan (Momocha) yang enggan menjualnya kerana pantai itu adalah tempat dia bermain sejak kecil. Kisah tersebut bermula dengan kebencian tetapi bertukar perlahan-lahan menjadi satu percintaan.
 
''Summer Holiday'' ini memperoleh kutipan pecah panggung sejumlah HK$21,336,647, menjadikannya filem tempatan paling terlaris selepas ''Needing You...'' di Hong Kong pada tahun 2000. Filem ini pernah dicalonkan dalam empat kategori dalam [[Anugerah Filem Hong Kong]] Ke-20, termasuk Sinematografi Terbaik bagi Chan Kwok-Hung, Arahan Seni Terbaik bagi Silver Cheung, Skor Filem Asli Terbaik bagi Peter Kam dan Lagu Filem Asli Terbaik bagi Jen, Ah Niu dan [[Michael Wong (penyanyi)|Michael Wong]].