Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 44:
Dari segi kedudukan, SMK Seksyen 27, Shah Alam terletak di bawah [[Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana]] (PPD Petaling Perdana). Sekolah ini mempunyai keluasan kira-kira 14.57 ekar dan terletak dalam kawasan perindustrian. Terdapat banyak kilang yang berdekatan dengan sekolah ini . Antara yang paling hampir ialah Kilang [[Sharp]] dan [[Met Tube]]. Sekolah ini juga berdekatan dengan beberapa sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan Tamil, [[Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1)]] dan [[Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah]]. SMK Seksyen 27 juga berhampiran dengan kawasan perumahan, seperti Hicom Industrial Valley dan Flat Proton. Lantaran itu, kebanyakan pelajar yang berdaftar di sini tinggal berhampiran dengan sekolah. Jarak antara SMK Seksyen 27 ke PPD Petaling Perdana ialah 10 kilometer, manakala jarak sekolah ke pusat bandar [[Shah Alam]] ialah 15 kilometer.
 
== Kelas, murid dan muridsubjek ditawarkan ==
Bilangan murid yang bersekolah di sini pada tahun 2004 ialah seramai 300 orang. Para pelajar terdiri daripada murid tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat. Pada tahun yang sama tiada murid tingkatan tiga dan lima. Kelas yang dibuka ialah Kelas 1 Perdana, Kelas 1 Wira , Kelas 1 Iswara dan Kelas 1 Waja. Manakala kelas tingkatan dua pula ialah Kelas 2 Perdana, Kelas 2 Wira dan Kelas 2 Iswara. Kelas Tingkatan 4 pula sebanyak tiga kelas iaitu Kelas 4 Perdana, Kelas 4 Wira dan kelas 4 Iswara. Kesemua tingkatan empat mengambil aliran perdagangan dan sastera.
Baris 50:
 
Pada tahun 2016, telah dibuka kelas KAA tingkatan 4 (4 Abu Bakar) dan dua kelas KAA tingkatan 1 (1 Abu Bakar, 1 Umar)
 
'''Subjek ditawarkan (PT3)'''
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Matematik
5. Sains
6. Pendidikan Islam
7. Reka Bentuk Teknologi / Kemahiran Hidup Bersepadu
8. Sejarah
9. Geografi
10. Pendidikan Seni Visual
11. Pendidikan Moral
12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
13. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
 
'''Subjek ditawarkan (SPM)'''
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Sains
7. Fizik
8. Kimia
9. Biologi
10. Sejarah
11. Pendidikan Islam
12. Pendidikan Syari'ah Islamiah
13. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
14. Lukisan Kejuruteraan
15. Pendidikan Moral
16. Pendidikan Seni Visual
17. Perniagaan
18. Sains Rumah Tangga
19. Prinsip Perakaunan
20. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
21. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
 
== Kemudahan dan infrastruktur sekolah ==