Azmi Sharom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Reverted to revision 4099493 by Alexander Iskandar (talk). (TW)
Uumarhafiz (bincang | sumb.)
Baris 1:
Profesor Madya Dr '''Azmi Sharom''' merupakan seorang [[peguam]] dan pensyarah undang-undang di [[Universiti Malaya]]. <ref>[http://umexpert.um.edu.my/cv_papar.php?id=6d6598db0d7e6aaf77d3a3c1b1739fea Personal Details]</ref><ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pensyarah-um-azmi-shahrom-pula-bakal-didakwa-hasutan Pensyarah UM Azmi Sharom pula bakal didakwa hasutan]</ref>
 
Beliau sebaris dengan [[Marina Mahathir]], [[Karim Raslan]], [[Tunku Abidin Muhriz]] yang menjadi kolumnis kepada akhbar [[The Star]] sebagai golongan Melayu yang memperjuangkan idea [[liberalisme]] Barat di Malaysia. Artikel mereka dalam [[Bahasa Inggeris]], bersifat protes, dengan itu kurang mencetuskan kontroversi didalam kalangan masyarakat Melayu. <ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm#ixzz3C5beWUVk Akhirnya Mahathir tegur Marina]</ref>
 
 
Pada 19 Nov 2010, Setiausaha Agung [[Perkasa]], [[Syed Hassan Syed Ali]] membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rencana Azmi Sharom dalam The Star bertajuk 'Sore need for plurality in law'. Rencana itu didakwa menghina mahkamah berhubung seorang [[Hindu]] memeluk [[Islam]] bersama dua anak kecilnya tanpa kebenaran isterinya. Azmi mendakwa Malaysia sebuah negara sekular dan memiliki perlembagaan sekular.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_09.htm#ixzz3C5e01h00 Perkasa dakwa laporan kolumnis The Star hina mahkamah]</ref>
 
 
Pada 2011, beliau adalah Presiden [[Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya]] ([[PKAUM]]). Seramai 146 staf akademik UM (profesor/ profesor madya dan pensyarah/ ahli akademik ) meletak jawatan sejak 2009-2011. Naib Canselor UM ialah Tan Sri Dr. [[Ghauth Jasmon]].<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm Azmi nafi keluar kenyataan krisis UM]</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/umno2002/index.asp?y=2011&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Ghauth jawab dakwaan isu UM]</ref>
 
 
Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama tentang ketuanan Melayu, [[Perlembagaan Persekutuan]] dan kebebasan berugama. Beliau menulis beberapa artikel yang tersiar di akhbar [[The Star]],<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130918/re_06/Al-Kisah-Melayu-Malaysia-mewafatkan-mayat-Chin-Peng Al-Kisah Melayu Malaysia 'mewafatkan' mayat Chin Peng...]</ref> portal berita [[Malaysian Insider]] seperti 'Melayu Ke mana?'. Bagi Azmi, , orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti. Pendapat Azmi Sharom segera disanggah oleh Tun Dr Mahathir ;Kita jangan lupa bahawa bala tentera [[Sultan Melaka]] jauh lebih besar daripada pasukan [[Portugis]] yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka kalah. Walaupun Melayu 60 % penduduk di Malaysia tetapi berpecah kepada 3 iaitu 20 % [[UMNO]], 20% [[PAS]] dan 20% [[PKR]] (jika dibahagi sama rata). Sanggahan Dr Mahathir tersiar dalam blognya di http://chedet.co.cc bertajuk Melayu Kemana 2.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm#ixzz3C5XK4CUr]</ref>
==Didakwa menghasut==
Pada 2September2 September 2014, Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke [[Mahkamah Sesyen]] Kuala Lumpur didakwa menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009. Lokasi di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014. Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim selaku pegawai pendakwa manakala tertuduh diwakili [[peguam]] [[Gobind Singh Deo]]. Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober 2014.
 
Antara yang memberi sokongan ialah Naib Presiden [[PKR]], [[Nurul Izzah Anwar]] dan Ahli Lembaga Pengarah [[Sisters in Islam]], Datin [[Marina Mahathir]] serta pelajar-pelajar [[UM]] yang mengarak kain rentang di luar mahkamah.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140903/ma_04/Pensyarah-UM-didakwa-menghasut#ixzz3CHmHRGH1 Pensyarah UM didakwa menghasut]</ref>
 
Pada hari Rabu, 10 September 2014, [[Hartal]] mahasiswa dianjurkan oleh [[Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya]] ([[PMUM]]) sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan menuntut [[Akta Hasutan 1948]] dimansuhkan. Presiden PMUM , Fahmi Zainol menyatakan perhimpunan dan forum bersama [[Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya]] ([[PKAUM]]) akan diadakan pada hari tersebut. <ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-um-lancar-hartal-sokong-azmi-sharom Mahasiswa UM lancar ‘hartal’ sokong Azmi Sharom]</ref>
 
==Rujukan==