Parti Tindakan Demokratik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Baris 57:
 
===Pengunduran Devan Nair===
Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor , berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1964]] , Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.
 
Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.
 
K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.
 
===Mesyuarat Agung DAP pertama===
Baris 68:
Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.
 
Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, Dr [[Chen Man Hin]] dan [[Goh Hock Guan]] tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli. Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.
 
===Pemimpin DAP ditahan ISA===
Baris 75:
Pada tahun 1987, Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam '[[Operasi Lalang]]' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara.
 
Sehingga hari ini, Lim Kit Siang mempunyai kedudukan yang berpengaruh dalam DAP dan tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin DAP bagi jawatan Setiausaha Agung DAP.
 
===Pakatan pembangkang 1969===