Ikrar Negara Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
==Ikrar==
 
Ikrar negara Singapura dikarang oleh Encik [[S Rajaratnam]] pada tahun 1966, berlatar-belakangkan insiden perusuhan kaum Cina-Melayu yang berleluasa dari tahun 50 ke [[60-an]]. Beliau akur bahawa bahasa, bangsa dan agama boleh menjadi sebab yang memecah-belahkan sebuah masyarakat. Dengan ikrar ini, beliau ingin menekankan bahawa perbalahan dapat diatasi jika rakyat Singapura benar-benar mengambil kisah akan negara mereka. Draf teks ikrar diserahkan kepada perdana menteri pada masa itu, Encik [[Lee Kuan Yew]], yang memperbaiki lagi teks tersebut sebelum mengemukakannya pada Kabinet. Ikrar ini diucapkan dalam [[bahasa Inggeris]] oleh pelajar-pelajar sekolah setiap hari dan juga oleh rakyat Singapura pada [[Hari Kebangsaan]] setiap 9 Ogos.