Pemisahan Singapura daripada Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PencintaSejarah (bincang | sumb.)
Baiki kosa kata dan ejaan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
PencintaSejarah (bincang | sumb.)
Baiki kosa kata.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dahsyat lagi.
 
Arahan Kuala Lumpur supaya RTS atau Radio Television Singapura diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Persekutuan pada awal 1965 juga diingkari Lee Kuan Yew kerana polisi penyiaran RTS bercanggah dengan aspirasi Malaysia ketika itu. Siaran RTM yang terhad di kawasan tengah Semenanjung berorientasikan Melayu sementara siaran RTS yang agak kebaratan meliputi kawasan selatan seluruh Johor dan sebahagian Melaka. Apabila RTS menyiarkan berita dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin di dua saluran TV berbanding RTM yang masih dalam satu bahasa, ia sebenarnya satu provokasi terhadap dasar "bangsa Malaysia" yang cuba diterap Tunku dan arahan Lee Kuan Yew ke atas RTS berkait rapat dengan konsep "Malaysian Malaysia"nya. Siaran berita bahasa Melayu TV Singapura pada jam 7 malampetang di saluran 8. Dalam petikan berita 1hb Mei muka surat 3 akhbar berbahasa Melayu memetik SINGAPURA, Jumaat -mulai esok TV Malaysia (Singapura) akan menyiarkan siaran warta beritanya setiap hari dalam empat bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris. Siaran warta berita dalam bahasa Melayu akan dipaparkan melalui saluran 8 setiap hari pada pukul 7 malampetang. Siaran berita bergambar dalam bahasa Melayu pula disiarkan pada pukul 7.10 malampetang melalui saluran 8 pada setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja.
 
Sama ada disengajakan atau tidak pada akhbar yang sama bertarikh 7hb Ogos TV Malaysia di ruangan susunan rancangan TV muka surat 8 menulis TV Malaya merujuk TV Malaysia beberapa hari sebelum Singapura keluar dari Malaysia.