Kelapa sawit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.210.239.148 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 124.13.71.145
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 [[meter]] tingginya. [[Daun]]nya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. [[Bunga]]nya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga [[sepal]] dan tiga [[kelopak]]. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa [[pendebungaan]]. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, [[kelapa]], kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. [[Pembiakan]]nya adalah melalui penyemaian biji-biji.
 
Kelapa sawit termasuk [[tumbuhan]] pohon. Tingginya dapat mencapai 24 [[meter]]. [[Bunga]] dan [[buah]]nya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna [[merah]] [[Hitam|kehitaman]]. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi [[minyak]]. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan [[minyak goreng]], [[sabun]], dan [[lilin]]. [[Hampas]]nya dimanfaatkan untuk [[makanan ternak]], khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan [[arang]]. Saiz ukur lilit ialah 100cm hingga 400cm
 
Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah [[tropika]], pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.