Penghabluran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengembangan rencana
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Close_Up_View_Of_Sodium_Chloride_Crystals.jpg|thumb|Pandangan dekat kristal garam natrium klorida yang terkumpul dalam suatu gelung besi.]]
 
'''Penghabluran''' ialah suatu proses [[pemejalan]] - secara semulajadi mahupun buatan - di mana molekul-molekul disusun rapi menjadi suatu struktur [[hablur|hablur atau kristal]], sama ada melalui pemendapan daripada suatu [[larutan]], [[pembekuan]] atau pengenapan langsung daripada suatu [[gas]]. Ciri hablur akhir yang terhasil bergantung banyaknya kepada faktor tertentu seperti suhu, tekanan udara dan masa penyejatan cecair bagi hablur cecair.
 
Banyak [[mineral]] dan [[sebatian organik|molekul organik]] menghablur dengan senangnya lalu menghasilkan kristal berkualiti tinggi tanpa sebarang cela yang kelihatan, jika dibandingkan dengan partikel [[biokimia]] seperti [[protein]]. Kebolehan menghablur ini bergantung kepada kekuatan sama ada pada daya atom (dalam bahan galian) mahupun daya-daya antara dalaman dan luaran molekul.
 
==Langkah pembentukan==
==Pembentukan==
Proses ini terdiri daripada dua kejadian besar dorongan sifat termodinamik dan kimia iaitu:
* '''[[Penukleatan]]''' - molekul atau atom pelarut tersebar dalam [[larutan]] berkumpul dalam kelompok mikroskopik yang menjadi "nukleus" stabil. Kestabilan kelompok sebegini bergantung kepada faktor yang berbeza (misalnya [[suhu]], penepuan lampau dan sebagainya). Pada tahap ini, atom atau molekul tersusun rapi dan berkala lalu menetapkan struktur hablur akhir.
 
* '''Tuembesaran hablur''' - pembesaran saiz nukleus yang berterusan sehingga mencapai saiz kelompok yang kritikal. Proses ini berlaku secara dinamik dan setara di mana atom atau molekul pelarut memendap keluar dari larutan dan terlarut kembali.