Dasar Ekonomi Baru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 12:
Peristiwa berdarah yang berlaku pada [[13 Mei]] [[1969]] telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di [[Tanah Melayu]] memandangkan majoriti orang [[Melayu]] tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang [[ekonomi]] lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.
 
Selain daripada itu, semenjak pendudukan [[Jepun]] pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, anggota Bintang Tiga ([[Parti Komunis Malaya]]) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana kebanyakan yang menganggotai Parti Komunis Malaya merupakan Cina, manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
 
Penyingkiran [[Singapura]] dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. [[Peristiwa 13 Mei]] 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.