Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cipta baru
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:17, 28 Mei 2018

Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah (Alumni STAJ) (PPM-015-10-22052013) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) sejak sekolah tersebut ditubuhkan hingga kini. Sehingga kini, jumlah bekas pelajar yang dianggarkan adalah seramai 50,000 orang.

Persatuan Alumni
SMK Tengku Ampuan Jemaah
Maklumat am
JenisNGO
No. pendaftaranPPM-015-10-22052013
Ibu pejabatSMK Tengku Ampuan Jemaah
Jalan Pandamaran
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
Penubuhan
PengasasAllahyarham Mohd Dzur bin Abdul Rahman
Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
Sajali Subari
Mohd Yusof Hashim
Identiti
Orang pentingAhmad Mansor Sa Abu Hassan (Pengerusi)
FokusIslam
Laman sesawangalumnistaj.org.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Alumni STAJ telah mula diasaskan secara tidak rasmi pada bulan Mac 2011 oleh empat (4) individu iaitu Allahyarham Mohd Dzur bin Abdul Rahman (Pengetua), Mohd Sajali bin Mohd Subari (Guru), Yusof bin Hashim (YDP PIBG) dan Muhammad Akmal Ridzuan bin Abd Rahim (Alumni SPM 2010). Sewaktu cadangan penubuhan persatuan diutarakan, terdapat lebih daripada tiga (3) persatuan berkaitan (persatuan alumni/bekas pelajar/murid tua) telah ditubuhkan dan didaftar sejak penubuhan sekolah tersebut. Namun begitu, kesemua persatuan tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja atas beberapa kekangan seperti kekangan masa, keterbatasan perhubungan untuk melibatkan semua tahun-tahun bekas pelajar di STAJ.

Dalam tempoh 2 tahun dengan syarat-syarat Pendaftar Pertubuhan yang perlu dipatuhi termasuk memansuhkan semua kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang lama berdaftar atas nama SMK Tengku Ampuan Jemaah, akhirnya Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah diluluskan pendaftarannya pada 22 Mei 2013 oleh Dato’ Abdul Rahman bin Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia secara rasminya yang dialamatkan di SMK Tengku Ampuan Jemaah, Jalan Padamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. Jawatankuasa Protem Penubuhan Persatuan ini telah dipengerusikan oleh Encik Samad Johari (alumni SPM 1976).

Senarai Aktiviti

Bil Nama Aktiviti Tarikh Tempat
1 Back to School 22 Jun 2014 SMK Tengku Ampuan Jemaah
2 Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMKTAJ

Dirasmikan oleh: YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

24 Januari 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
3 41 Years Reunion for Ukhwah Alumni 1972 - 1976 4 Februari 2017 Hotel Aliya, Klang
4 35 Tahun Reunion & Gotong Royong Alumni 9 Februari 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
5 Earth (Beach) Rescuer 5.0 17 April 2017 Pulau Intan, Tanjung Tuan
6 Bersih Bakau bersama Raja Muda Selangor

Disempurnakan oleh: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah

22 April 2017 Pulau Ketam, Pelabuhan Klang
7 Sambutan Hari Guru 2017 18 Mei 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
8 Perayaan Tahunan (Chitra Pournami) - Reunion Alumni  1980 - 1986 26 Mei 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
9 Sambutan Hari Raya Perdana SMKTAJ 2017 14 Julai 2017 SMK Tengku Ampuan Jemaah
10 Earth Rescuer 21 Ogos 2017 Zoo Negara
11 Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018

Disempurnakan oleh: DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

1 Mac 2018 SMK Tengku Ampuan Jemaah