Luluh hawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Aiman Suzuki (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Luluhawa''' merupakan '''proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan''' yang berlaku secara ''in-situ''. Pemecahan atau penguraian batuan ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma ke atas [[batu]]an sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya.
 
Luluhawa terbahagi kepada tiga jenis iaitu '''luluhawa kimia''', '''luluhawa fizikal''', dan '''luluhawa biologi'''. Luluhawa kimia banyak berlaku di kawasan tropika lembap dan dikenali juga sebagai luluhawa dalaman manakala luluhawa fizikal pula dominan di kawasan gurun panas dan kawasan artik, luluhawa ini dikenali juga sebagai luluhawa mekanikal. Luluhawa biologi pula berlaku akibat tindakan tumbuhan dan ia seringkali dominan di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika khususnya di kawasan [[Khatulistiwa]].
 
== Luluhawa Kimia atau Luluhawa Dalaman ==