Spektroskopi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
 
[[Fail:Light dispersion conceptual.gif|thumb|right|300px|Animasi [[sebaran cahaya]] apabila ia merentasi [[prisma]]]]
Spektroskopi pada asalnya merupakan satu kajian bagi interaksi antara [[sinaran]] dan [[jirim]] sebagai fungsi [[panjang gelombang]] (λ). Malah, mengikut sejarah, spektroskopi merujuk kepada penggunaan [[cahaya tampak]] yang disebarkan mengikut panjang gelombang, cth. [[Prisma (optik)|prisma]]. Kemudian, konsep tersebut dikembangkan dengan meluas untuk melakukan sebarang pengukuran bagi kuantiti sebagai fungsi panjang gelombang atau [[frekuensi]]. Maka, ia juga merujuk kepada tindak balas kepada medan atau frekuensi yang berubah (ν). Yang lain juga melibatkan [[tenaga]] (E) sebagai pemboleh ubah, iaitu apabila hubungan yang paling rapat bagi [[foton]] iaitu E=[[pemalar Planck|h]]ν disedari. Plot tindak balas sebagai fungsi panjang gelombang - atau biasanya frekuensi - juga dirujuk sebagai [[spektrum]]; juga [[garis lebar spektrum]].
 
'''Spektrometri''' pula merupakan teknik spektroskopi yang digunakan untuk menilai kepekatan atau jumlah sesuatu spesis. Dalam kes tersebut, peralatan yang melakukan pengukuran ialah [[spektrometer]] atau spektrograf.