Perbezaan antara semakan "Tok Gajah"

33 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Beliau juga merupakan ketua pasukan [[Sultan]] dalam penentangan terhadap penjajah [[British]] bersama [[Dato Bahaman]] dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh [[Tok Ku Paloh]] tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada [[Mat Kilau]], pahlawan [[Melayu]] [[Pahang]].
 
Bersama-sama dengan [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]], [[Datuk Lela]] dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan [[Pahang]] antara tahun [[1891]] hingga tahun [[1895]]. Bersama dengan [[Wan Lingga]], Tok Gajah telah diarahkan oleh [[Bendahara]] [[Wan Ahmad]] untuk menyerang [[Maharaja Perba]] dan [[Orang Kaya Setia Lela]]. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke [[Singapura]] bagi mendapatkan khidmat [[peguam]] sebagai penasihat Sultan Ahmad.
 
Pada tahun 1892, pihak Inggeris mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan Kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, [[Hulu Terengganu]], [[Terengganu|Terengganu Darul Iman]].
Pengguna awanama