GameFAQs: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 22:
Pada tahun 1997, GameFAQs menjadi sebahagian daripada [[IGN|Imagine Games Network]] (IGN), diikuti oleh kemunculan pautan-pautan kerjasama di [[laman utama]].<ref>[http://www.gamefaqs.com/ Laman utama GameFAQS; 27 Oktober 2006]</ref> Peraduan pengguna diperkenalkan pada waktu ini; paraduan bulanan yang pertama, yang diadakan pada tahun 1998, telah mendapat 253 pendaftaran.<ref>[http://www.gamefaqs.com/features/contest/c9810 GameFAQs.com; Oktober 1998: Select Fighter; 29 September 2006]</ref> GameFAQs telah melalui beberapa perubahan fizikal, termasuklah sebuah latar berwarna merah jambu, sebelum menggunakan susun atur berwarna biru yang kekal sehingga tahun 2004.
 
Pada bulan November 1999, beberapa perubahan berlaku dengan pantas.<ref>[http://gamefaqs.com/index.html Laman utama GameFAQs; 19 September 2006]</ref> Pada 5 November, sebuah kotak gelintar telah ditambah pada setiap halaman, di mana pada waktu itu laman web tersebut sedang menyambut [[hari lahir|hari kelahirannya]]. Pada 7 November, papan mesej telah membuka sebuah mod beta.<ref>[http://chris.insder.com/index.php?pg=426 Bonus Karma Kedua]</ref> ''Poll of the Day'' (Bancian Hari Ini) diperkenalkan pada akhir bulan.<ref>[http://www.gamefaqs.com/poll/index.html?poll=1 Poll of the Day]</ref> Perubahan-perubahan ini telah menandakan tumpuan yang mendalam yang ditonjolkan Veasey terhadap laman tersebut, dan pada waktu inilah GameFAQs menjadi tugasnya sepenuh masa.<ref>[http://gamefaqs.com/announce.html Pengumuman Besar]</ref> Sebelum itu, Veasey bekerja sebagai seorang [[pengatur cara]].<ref>Pada [[9 Ogos]], [[2000]] laman GameFAQs.com menerima kunjungan pertama sebanyak sejuta kunjungan pada satu hari</ref> Pada tahun 2001, "GameFAQs Chat" (sebuah server ''chat'' [[IRC]]) dilancarkan;<ref>[http://web.archive.org/web/20010401131103/cgi.gamefaqs.com/ Komuniti GameFAQs]</ref> walaubagaimanapun server ini dikeluarkan pada bulan Mei 2001 di atas isu-isu pentadbiran.<ref>[http://www.gamefaqs.com/ Laman utama GameFAQs; 12 Met 2001]</ref>
 
== Papan mesej ==