Parti Perikatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembetulan.
Baris 3:
 
== Sejarah ==
Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.<ref name="ency">{{cite book|url=https://books.google.com/books?id=QKgraWbb7yoC&pg=PA138#v=onepage&q&f=false|title=Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1|publisher=ABC-CLIO|year=2004|isbn=978-1576077702|editor=Keat Gin Ooi|pages=138–139}}</ref>
 
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA) yang diterajui oleh Tunku and [[Tan Cheng Lock|Tun Tan Cheng Lock]] ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.