Sultan Sharafuddin Idris Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25:
 
'''Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah''' merupakan [[Sultan Selangor]] ke-9 yang memerintah negeri [[Selangor]] sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah|Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]].
 
==Latar belakang==
Baginda diputerakan pada 11 Disember 1945 di Istana Jemaah, [[Klang]] hasil pernikahan Almarhum [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]] dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini telah ditukar menjadi [[Kolej Islam Sultan Alam Shah]].
 
Baginda ialah anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
 
Pada tahun 1968, baginda telah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dianugerahkan dua orang puteri yang diberi nama Tengku Zerafina (diputerakan pada 1969) dan Tengku Zatashah (diputerakan pada 1973).
 
Perkahwinan baginda tidak bertahan dan baginda telah bercerai pada tahun 1986. Baginda telah berkahwin kali kedua dengan seorang warga [[Amerika Syarikat]] iaitu Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah pada tahun 1988 tetapi telah bercerai pada tahun 1997.
 
Perkahwinan ketiga baginda telah dilangsungkan dengan seorang pembaca berita RTM, [[Tengku Permaisuri Norashikin]], yang telah dinikahi baginda di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos 2016. Pernikahan baginda dilaksanakan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Majlis tersebut dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Mufti Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Selangor Mufi Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga pengantin perempuan. Norashikin merupakan ibu kepada dua orang anak.<ref>[http://www.nst.com.my/news/2016/09/170194/sultan-selangor-weds-news-presenter-norashikin-abdul-rahman New Straits Times: Sultan of Selangor weds news presenter Norashikin Abdul Rahman]</ref>
 
Baginda mempunyai seorang putera, iaitu [[Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah|Tengku Amir Shah]], yang kini merupakan [[Raja Muda Selangor]].
 
==Pertabalan==