Kakap (perahu): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Verosaurus (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Verosaurus (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Kakap atau dikenali juga sebagai salisipan ialah [[perahu]] kecil yang berbentuk kanu dan ada kalanya mempunyai cadek. Kakap merupakan perahu yang sering digunakan oleh orang Illanun sebagai perahu bantuan atau tambahan untuk membuat penjarahan di kawasan pedalaman. Bagi orang Malaya, perahu jenis ini digunakan sebagai perahu perang atau perahu pengangkutan.<ref>Warren, J.F. ''The Sulu Zone, 1768-1898''. Singapura: The Singapore University Press</ref>
 
== Deskripsi ==
Kakap adalah lebih ringan dari [[Penjajap]] menggunakan satu tiang serta satu layar persegi empat. Papan dan balok kakap tidak dipaku, sebaliknya dilekatkan menggunakan teknik pasak kayu dan diperkuat dengan ikatan [[Pokok Rotan|rotan]]. Saiz kakap yang besar boleh menjangkau hingga lapan meter panjang dan mampu membawa 10 orang anak kapal. Biasanya awak-awak perahu ini merupakan awak-awak kapal penjajap.
 
== Peran ==
Perahu jenis ini tidak belayar bersendirian dan sentiasa mendampingi penjajap serta digunakan sebagai peninjau dalam aktiviti [[Lanun|melanun]]. Justeru, jika kapal-kapal dagang terserempak perahu jenis ini, sudah pasti akan ada penjajap atau lanong yang bersembunyi di sekitar perairan itu. Kakap juga sesuai digunakan untuk menyusuri pantai dan mudik hingga ke sungai yang bersambung dengan muara taut. Jika berlaku serangan mengejut, kakap mampu mendarat secara mudah di kawasan pantai atau tebing sungai untuk memudahkan anak kapal melarikan dini ke kawasan hutan bakau atau nipah sambil membawa perahu itu bersama. Bagi orang laut pula, mereka menggunakan kakap yang dapat memuatkan 20 orang yang digunakan untuk kegiatan merompak di laut.<ref>Mohamed Zen (2002). ''Orang Laut: Studi Etnopedagogi''. Bandung: Penerbit Yayasan Bahari Nusantara</ref>
 
== Rujukan ==